Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFahmi pada Sanusi: Tumpu tugas, berhenti karaoke tengah malam

    Fahmi pada Sanusi: Tumpu tugas, berhenti karaoke tengah malam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyuarakan pendapat bahawa Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya memberikan perhatian kepada tanggungjawabnya sebagai Menteri besar Kedah daripada sibuk dengan perkara “Langkah Dubai”. Fahmi juga mengingatkan tindakan Sanusi sebelum ini yang menyertai sesi karaoke di TikTok.

    Beliau berkata, “Sebelum dia (Sanusi) bercakap tentang Langkah Dubai, tanya dia apa jadi dengan litar lumba di Kedah. Saya rasa, daripada dia (Sanusi) komen tentang ini (Langkah Dubai), mungkin Sanusi perlu ubah sikanya. Berhentilah berkaraoke tengah malam dengan perempuan ‘ajnabi’ dan fokus mentadbir,” seperti yang dilaporkan oleh Kosmo.

    Sanusi sebelum ini telah mempertahankan tindakannya menyanyi bersama-sama wanita di TikTok, dengan menyatakan ia bukanlah perkara yang melanggar undang-undang mahupun agama.

    “Ia perkara remeh saja jika dibandingkan isu Ashabul Kahfi (pemuda al-Kahfi) yang dikaitkan dengan perdana Menteri. Musuh politik ambil kesempatan edit bahagian tertentu video tersebut dan sebarkan dengan meletakkan caption panas, seperti berhibur sampai pagi, karaoke dengan bini orang, tarbiyah ulama Pas tahajud cinta, banyak lagi… saya baca semua komen itu,” katanya seperti dipetik Sinar Harian pada 28 Disember lalu.

    Berkenaan Langkah Dubai, Sanusi sebelum ini menyatakan istilah yang lebih sesuai adalah ‘Langkah Chow Kit’ memandangkan perbincangan menjatuhkan kerajaan sebenarnya sudah berlangsung sejak di Kuala Lumpur. “Bukan Langkah Dubai, tapi Langkah Chow skit, pasal (perbincangan) dibuat di Kuala Lumpur. Saya rasa Dubai itu cuma dummy (helah) saja, sebab ramai orang pergi ke Dubai (bercuti),” kata Sanusi dalam nada bergurau.

    Sementara itu, Fahmi menggesa Sanusi agar memberi perhatian kepada isu yang dihadapi Kedah, antaranya nadir bumi. “Saya rasa, dia ada masalah yang lebih banyak. Dia Menteri besar, dia bukan ahli parlimen. Jadi, fokus kepada tugas masing-masing,” katanya lagi seperti dipetik.

    ALSO READ:  Isu Najib: Umno tak puas hati tapi tiada tuntutan keluar k'jaan - Asyraf

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts