Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFahmi puji Bernama, RTM tangani isu 3R

    Fahmi puji Bernama, RTM tangani isu 3R

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sentiasa menyokong segala usaha kerajaan dalam menangani isu sensitiviti 3R (bangsa, agama dan raja).

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kedua-dua agensi tersebut sentiasa membimbing masyarakat untuk menghormati nilai ilmu dan membuat keputusan berdasarkan teras serta tonggak dalam budaya MADANI melalui bahan siaran di platform penyiarannya iaitu televisyen (TV), radio dan media digital.

    Beliau menyatakan bahawa antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Bernama termasuk menyediakan beberapa rancangan dan program berkaitan isu 3R seperti Program Apa Khabar Malaysia, Ruang Bicara, The Brief, The Nation dan Malaysia Petang Ini yang dikeluarkan oleh Bernama TV, dengan menjemput tetamu dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kepakaran.

    “Pada tahun 2023, RTM telah memilih 3R sebagai tema untuk perbincangan dalam program-program TV seperti bual bicara Naratif Khas yang disiarkan sebanyak enam kali.

    “Pada 31 Mei 2023, Naratif Khas membincangkan topik Menoktah Isu Kalimah Allah, manakala topik Menangkis Sentimen Ekstremis Agama disiarkan pada 8 Ogos 2023,” katanya semasa membentangkan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat hari ini.

    Fahmi menyatakan bahawa program-program seperti ini bertujuan untuk mendidik masyarakat agar berfikir secara logik dan mengelak perselisihan berkaitan perkara-perkara yang membingungkan mengenai agama.

    Pada masa yang sama, beliau menekankan bahawa program tersebut juga berperananan sebagai peringatan kepada semua pihak agar tidak mencetuskan provokasi yang berlebihan sehingga menyebabkan perbalahan yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum.

    Sementara itu, dalam usaha menyebarkan maklumat mengenai perubahan iklim menerusi media rasmi, RTM telah membincangkan isu tersebut secara kritis dan mendalam dalam program Bual Bicara Naratif dua kali tahun lalu, dengan menjemput tetamu yang mahir dalam topik tersebut.

    ALSO READ:  Sweden alleges Russian-backed disinformation targets NATO, Koran-burning incidents.

    RTM juga menyiarkan secara langsung ke Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi atau MetMalaysia semasa siaran Berita Wilayah pada 5 petang setiap hari, dan diulang siar dalam bentuk grafik dalam Berita Perdana pada pukul 8 malam.

    “Bernama pula telah menghasilkan laporan penyiasatan mengenai isu-isu alam sekitar dan kesan perubahan iklim terhadap sektor pertanian dan industri makanan termasuk isu-isu yang memberi kesan kepada tanaman, bekalan makanan dan keselamatan makanan,” katanya.

    Fahmi menyatakan bahawa sejak 1 Januari tahun lalu hingga kini, 54 laporan berkenaan perubahan iklim telah dihasilkan oleh agensi berita itu.

    Beliau juga menyatakan bahawa laporan hasil wawancara dengan pakar dan pihak berkuasa yang berkaitan dengan perubahan iklim dan pertanian, telah disebarkan kepada masyarakat melalui pelbagai platform seperti wires, Bernama TV, Bernama Radio dan media digital.

    “Bernama juga bekerjasama dengan pakar, saintis dan ahli akademik dalam menghasilkan kandungan berkualiti dan mudah difahami mengenai perubahan iklim dan kesan terhadap sektor pertanian dan industri makanan,” katanya.

    Mengenai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Fahmi mengesahkan bahawa mereka telah melaksanakan sebanyak 144 program komunikasi komuniti dari 1 Januari 2023 hingga 17 November 2023 untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan kepada orang ramai.

    “Program ini melibatkan 96,000 orang dari kumpulan sasar seperti pemimpin tempatan, belia, agamawan, usahawan tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Di samping program-program bersemuka, RTM, Bernama, Jabatan Penerangan (JaPen) dan J-KOM juga telah melaksanakan pengiklanan kreatif melalui platform digital dan bahan penerbitan,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts