Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesFahmi: RUU tubuh Majlis Media di peringkat akhir

    Fahmi: RUU tubuh Majlis Media di peringkat akhir

    -

    Shopee CNY Sale

    Kerajaan kini berada dalam fasa terakhir untuk membawa Draf Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMC) ke Kabinet, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

    Beliau menyatakan bahawa penubuhan majlis media itu mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan proses dengan Jabatan Peguam Negara, dan perlu dipertimbangkan serta diputuskan oleh Jemaah Menteri.

    “Insya-Allah (penubuhan Majlis Media Malaysia) tidak berapa lama lagi,” katanya ketika berucap melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di Putrajaya hari ini.

    Menurut beliau, kerajaan sentiasa komited memastikan kebajikan pengamal media di negara ini terbela dan Jabatan Penerangan (JaPen) diseru mempergiat pelbagai inisiatif yang akan memberi manfaat kepada golongan itu.

    Fahmi berkata satu pertemuan telah diadakan dengan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong bagi memastikan kebajikan wartawan sambilan (stringer) terbela, khususnya menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

    “Difahamkan daripada 9,750 pemegang kad perakuan media, lebih 6,000 adalah wartawan sambilan dan ini jumlah besar. Aspek kebajikan berkaitan KWSP, Perkeso dalam pertimbangan. Saya perlu sedikit masa untuk bincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa… ada sedikit berita positif untuk wartawan sambilan, berikan kami sediki masa,” katanya.

    Sementara itu, beliau meminta JaPen mengkaji kewajaran meningkatkan tempoh perakuan kad media membabitkan pengamal media antarabangsa, yang ketika ini tempoh sah hanya untuk setahun sahaja berbanding media tempatan iaitu dua tahun.

    “Saya lihat ada kewajaran memandangkan ramai rakan media yang terlibat dalam media antarabangsa adalah warga Malaysia dan mereka berpangkalan di negara ini,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts