Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFahmi: Tiada keperluan k'jaan tawar projek untuk sokongan

    Fahmi: Tiada keperluan k’jaan tawar projek untuk sokongan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiada keperluan untuk Kerajaan Perpaduan menawarkan sebarang projek kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk mendapatkan sokongan seperti yang didakwa dua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN). Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan pada waktu ini adalah cukup baik dan mencecah 149 Ahli Parlimen.

    “Malah Perdana Menteri telah jelaskan di Parlimen bahawa beliau langsung tidak bertemu dengan dua Ahli Parlimen PN yang telah umum sokongan kepada beliau baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama dan RTM hari ini.

    Media hari ini melaporkan Ahli Parlimen Besut Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, kedua-duanya daripada PN mendakwa ditawarkan projek di kawasan Parlimen mereka sebagai imbuhan kepada sokongan terhadap kerajaan.

    Berhubung kenyataan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mendakwa majoriti rakyat mahu parti gabungan itu mengambil alih tampuk pentadbiran negara, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata ia hanya sekadar untuk menyedapkan “halwa telinga” sendiri dan kumpulan penyokong.

    “Alangkah baiknya kalau Hamzah berjaya pujuk pimpinannya untuk terima pelawaan Perdana Menteri sejak dari hari pertama lagi (untuk bersama Kerajaan Perpaduan seperti titah nasihat Tuanku Yang di-Pertuan Agong) atau seperti yang dipelawa awal tahun ini.

    Malah diulang lagi semalam, iaitu untuk bertemu (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Fadillah Yusof dan berunding isu peruntukan (kawasan Parlimen),” katanya.

    PN tidak hilang maruah atau martabat mereka menjadi rendah jika duduk berunding seperti disarankan Perdana Menteri, katanya sambil menambah Pakatan Harapan juga pernah duduk berunding dan akhirnya yang menang ialah rakyat.

    ALSO READ:  WISE to ease PLUS Expressway congestion by 40%, says Nanta

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts