Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini

    Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

    Beliau berkata acara perasmiannya akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM (Universiti Teknologi Malaysia) dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga.

    “Ini sebagai permulaan kerana kalau kita mahu jadikan fakulti itu (AI) benar-benar fakulti yang mempunyai kualiti yang baik kita boleh mendapatkan kepakaran-kepakaran yang ada di universiti lain untuk turut bersama menjayakan penubuhan fakulti ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Masuk U (JMU) 2024 di Universiti Teknologi Mara kampus cawangan Seri Iskandar di Johor, semalam.

    Sebelum ini, Zambry dilaporkan berkata sebagai permulaan, program Ijazah Sarjana Muda AI telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) pada Januari lepas dan pelajar kohort pertama program itu akan memulakan pengajian Oktober ini.

    Beliau berkata pembangunan dan kokurikulum AI telah dikenal pasti menepati keperluan industri, melibatkan pakar-pakar bidang AI serta seiring dengan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 yang dirangka oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

    Sementara itu, Zambry berkata penganjuran JMU 2024 bertujuan mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merangkumi universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta, politeknik, Kolej Komuniti serta penglibatan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

    Beliau berkata JMU 2024 diadakan di 10 zon antaranya di Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, UiTM cawangan Sabah dan Sarawak serta Universiti Malaysia Perlis bermula semalam hingga 9 Jun depan.

    ALSO READ:  Motor racing-Cassidy wins in Diriyah to take Formula E lead

    Bernama


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts