Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFama tingkat edaran beras tempatan bermula bulan depan

    Fama tingkat edaran beras tempatan bermula bulan depan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan kapasiti pengedaran beras putih tempatan (BPT) daripada 1,800 tan metrik (MT) sebulan kepada 2,500 MT bermula April bagi memenuhi keperluan rakyat di negara ini.

    Ketua Pengarah Fama Abdul Rashid Bahri berkata langkah itu juga atas permintaan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) baru-baru ini agar Fama meningkatkan lagi pengedaran beras.

    “Sebelum ini, Fama mengedarkan sebanyak 1,800 MT atau 180,000 kampit beras 10 kilogram (kg) setiap bulan dan bermula bulan depan, Fama akan mengedarkan sebanyak 2,500 MT atau 250,000 kampit beras yang akan dipasarkan di outlet-outlet kami seperti di Agro Bazar, Pusat Jualan Agro Madani dan Pusat Operasi Fama.

    “Dari segi harga, ia masih kekal RM26 bagi setiap kampit beras 10 kg kerana harganya memang dikawal dan kita juga hadkan setiap kampit bagi setiap orang supaya pengunjung lain juga dapat membeli beras itu,” katanya.

    Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Agrofiesta Aidilfitri 2024 di George Town hari ini, yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan Negeri Fahmi Zainol.

    Abdul Rashid berkata Fama adalah antara agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) digerakkan untuk membekalkan beras tempatan yang mencukupi bagi kegunaan penduduk setempat.

    Dalam perkembangan lain, Abdul Rashid berkata pihaknya akan meningkatkan import bekalan bawang dari China susulan keputusan India yang terus melarang eksport sayuran terbabit.

    Katanya, langkah itu bagi menampung permintaan bekalan bawang di negara ini dalam masa sama memastikan harga jualan sayuran itu terkawal.

    Mengenai bekalan barangan bersempena dengan sambutan Aidilfitri, Abdul Rashid berkata Fama sentiasa memastikan semua bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang perayaan itu.

    ALSO READ:  'MCMC jangan tuding media, kekecohan di parlimen siaran langsung'

    Menurutnya, ketika ini bekalan barangan asas adalah stabil dan harga yang ditawarkan juga berpatutan walaupun terdapat kenaikan harga bagi beberapa barangan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts