Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Fatwa haram undi PH': Ucapan saya diambil di luar konteks - Muhyiddin

    ‘Fatwa haram undi PH’: Ucapan saya diambil di luar konteks – Muhyiddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata kenyataannya bahawa haram hukumnya mengundi calon PH untuk PRK Pulai Suhaizan Kaiat telah dimanipulasikan dan diambil di luar konteks.

    Muhyiddin berkata dia hanya berkias apabila menyebut “saya bagi hukum haram” dan tidak berniat bahawa kenyataan tersebut adalah fatwa hukum syarak.

    “Ada pihak yang memetik ucapan saya dalam ceramah di Pulai pada 2 September 2023 di luar konteks.

    “Ucapan saya panjang. Saya menyentuh pelbagai isu yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini terutama sekali bebanan kos sara hidup yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan.

    “Kerana itu saya menyeru kepada pengundi-pengundi di Parlimen Pulai supaya jangan memberi undi kepada Suhaizan Kayat,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

    “Saya tidak mengeluarkan fatwa hukum syarak bahawa haram mengundi calon PH,” katanya lagi.

    Semalam, polis berkata pihaknya akan mengambil keterangan Muhyiddin selepas menerima dua laporan polis berkenaan perkara itu.

    Antara yang membuat laporan polis adalah Ketua Pemuda Amanah Pulai Mohd Harith Hambali yang menyifatkan ucapan itu sebagai “radikal” dan boleh mengelirukan pengundi.

    Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata dia faham tentang hukum-hakam agama dan tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang fatwa agama.

    “Apatah lagi di negara kita terdapat badan-badan tertentu seperti Majlis Fatwa yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan fatwa selepas mengadakan muzakarah dengan para ulama dan ilmuwan yang pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan.

    Saya percaya hadirin yang mengikuti keseluruhan ucapan saya semasa ceramah tersebut faham maksud saya. Berdasarkan respon hadirin pada malam itu, saya yakin mereka tidak mengambil kenyataan saya secara serius sebagai fatwa agama,” kata bekas perdana Menteri itu lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts