Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Fatwa politik Muhyiddin tergelincir dari kaedah penentuan hukum'

    ‘Fatwa politik Muhyiddin tergelincir dari kaedah penentuan hukum’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Angkatan Pertahanan Memandang Serius Kenyataan Haram Mengundi Calon PH

    Amanah memandang serius kenyataan yang dilafazkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang mendakwa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

    Setiausaha Majlis Penasihat Pakar (MPP) Amanah, Hasan Bahrom berkata pihaknya melihat kenyataan itu amat tidak bertanggungjawab, melampau dan tergelincir dari aspek kaedah dan penentuan hukum.

    “MPP mengingatkan bahawa tidak wajar mana-mana pihak secara sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan seperti itu. Lebih-lebih lagi perkara itu dilafazkan oleh orang yang tidak mempunyai latar belakang yang kukuh dari aspek kekuatan dan disiplin ilmu untuk mengeluarkan hukum agama.

    “Apa yang dibimbangkan perkara itu boleh mendatangkan kekeliruan dan kesan yang amat tidak baik dari aspek kefahaman dan pemikiran umat. MPP berpandangan bahawa kenyataan Muhyiddin tersebut adalah tidak wajar dijadikan bahan politik di pentas pilihan raya sekalipun beliau beranggapan ia sekadar madah jenaka semata-mata, namun ia tidak beradab untuk dikeluarkan.

    “Oleh itu, MPP berasa khuatir akan pemikiran yang dilontarkan itu amat terpesong dan boleh membawa kepada kegalauan masyarakat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Kenyataan itu sebagai mengulas ‘fatwa haram’ mengundi calon PH diungkapkan Muhyiddin ketika berceramah di majlis Ceramah Perdana PN di Kempas, di Johor Bahru pada Sabtu lalu.

    Muhyiddin antara lain dilaporkan berkata bahawa haram hukumnya bagi pengundi PRK Pulai mengundi Suhaizan pada 9 Sept nanti.

    Susulan itu pihak polis mengesahkan keterangan ahli Parlimen Pagoh itu akan diambil pada 11 Sept nanti berhubung kenyataannya itu.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis menerima dua laporan polis berhubung ucapan bekas perdana Menteri.

    ALSO READ:  SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70%

    Sementara itu Hasan menegaskan sekalipun berbeza pandangan politik, isu-isu yang berkaitan dengan hukum Islam tidak boleh dijadikan landasan untuk meraih sokongan dan simpati masyarakat lebih-lebih lagi pada musim pilihan raya.

    MPP katanya, ingin mengajak semua pihak supaya merujuk kepada Firman Allah S.W.T dalam surah al-Nahl, ayat 116 agar apa yang hendak diungkapkan terpandu dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.

    “MPP Amanah berharap agar masyarakat tidak terpengaruh dan terkesima dengan dakyah politik murahan seperti itu yang boleh mengugat keharmonian dan menimbulkan kebencian dalam kalangan masyarakat oleh golongan yang tidak sehaluan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts