Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Fatwa' politik: Muhyiddin terpengaruh dengan PAS - Saifuddin

    ‘Fatwa’ politik: Muhyiddin terpengaruh dengan PAS – Saifuddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Tindakan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengeluarkan ‘fatwa politik’ haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai Sabtu ini, adalah akibat terpengaruh dengan sekutunya, PAS.

    Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan kerana pendekatan PAS yang dibawa Presidennya, Abdul Hadi Awang boleh membuatkan rakan sekutunya terikut-ikut dan terpengaruh.

    “Saya sendiri tidak terkejut sama sekali (fatwa haram) kerana parti yang Muhyiddin dampingi sekarang ini adalah parti PAS. PAS sekarang tidak seperti zaman Allahyarham Yusof Rawa, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Haron Din, Datuk Yahya Othman, ia berbeza… ini nama-nama yang sangat menjaga akhlak politik mereka.

    “Tapi PAS sekarang di bawah Abdul Hadi Awang…kuasa adalah segala-galanya. Kekuatan PAS sekarang ini diukur dengan jumlah kerusi yang dimenangi. Kempen di Johor pun Hadi masih meratib perkara sama iaitu menang di Pulai ertinya jatuh Kerajaan Perpaduan.

    “Sifir matematiknya tidak masuk akal langsung tetapi masih diungkap. Apabila lama berkawan (Muhyiddin dan PAS) ternyata beberapa perkara, pendekatan dan tabiat seperti itu, sekarang menjadi ikutan pula parti Bersatu. Ini sesuatu yang sangat malang,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Ceramah Perpaduan Pulai di Taman Dahlia di Johor Bahru, semalam sebagai mengulas tindakan Muhyiddin yang melarang pengundi Parlimen Pulai untuk mengundi calon PH itu dengan yang mengeluarkan”fatwa haram” ketika berkempen dalam Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN), Ahad lepas.

    Turut hadir, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Mahdzir Khalid serta calon PH Suhaizan Kaiat.

    Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) dalam pada itu menggesa agar Presiden Bersatu itu tidak mengulangi tindakan seumpama itu, sebaliknya menggunakan pendekatan yang positif dan sihat apabila berkempen.

    ALSO READ:  Mujahid: Tafsir ayat al-Quran perlu berdasarkan disiplin ilmu

    “Memadailah kita bertarung dalam politik ini dengan menawarkan sesuatu yang dibandingkan…dasar dengan dasar dan program dengan program, tawaran dengan tawaran. Saya fikir itu lebih molek berbanding melemparkan atau mengenakan satu hukum, terutama disandarkan dengan agama tanpa mengikut tertib, kaedah sesuatu hukum itu dikeluarkan,” katanya.

    PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak Sabtu ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts