Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFelo MPN pertahan dakwaan sekolah Cina semai benih perkauman

    Felo MPN pertahan dakwaan sekolah Cina semai benih perkauman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Teo Kok Seong telah mempertahankan dakwaannya bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menjadi punca perpecahan kaum di negara ini yang mengundang desakan daripada Naib Presiden DAP Teresa Kok, yang mahu polis menyiasat Felo Kanan Majlis Professor Negara (MPN) itu.

    Bercakap kepada Malaysiakini, dia mendakwa Teresa berada dalam “penafian” akan realiti sebenar komuniti Cina di Malaysia.

    “Bagi saya apa yang saya katakan itu semuanya betul, ia realiti dalam perbualan sesama orang Cina,” tambahnya.

    Gambar Hiasan – Sekolah Cina

    Teo turut menyatakan bahawa perbualan dengan persepsi negatif mengenai masyarakat Melayu dan India adalah sesuatu yang biasa di kalangan keturunan Cina di Malaysia, terutamanya dengan kemunculan media sosial.

    “Komen-komen mereka di media sosial, kebanyakkannya merendahkan orang Melayu,” kata bekas Felo Kanan Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

    Teo pertama kali menimbulkan isu tersebut semasa temuramah dengan portal The Merdeka Times.

    “Wartawan soal ‘mengapa masalah (perkauman) masih wujud hari ini?’ jadi saya hanya menyatakan kebenarannya.

    “Salah satu punca adalah orang Cina memandang rendah terhadap orang Melayu.

    “Mereka enggan berintegrasi, mereka hanya mempelajari asas bahasa Melayu untuk lulus peperiksaan tetapi menolak untuk melakukan lebih daripada itu,” katanya.

    Gambar Hiasan – Perkampungan Cina

    Teo yang terlibat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, mendakwa bahawa masyarakat Melayu dan India turut sedar tentang sentimen dalam kalangan komuniti Cina.

    Dalam video TikTok yang dikongsikan oleh Merdeka Times, professor tersebut menyatakan bahawa sekolah vernakular boleh menjadi penghalang kepada perpaduan negara kerana pelajar Cina yang kurang celik hanya mahir dalam bahasa Mandarin, menyekat perbualan dengan bangsa lain.

    Teo yang dilahirkan di Kelantan dan berketurunan Peranakan juga menyatakan bahawa komunitinya turut menerima diskriminasi daripada majoriti Cina yang tidak berasimilasi dengan budaya tempatan.

    ALSO READ:  Penerima zakat ada simpanan ratusan ribu, Muip laksana pemutihan

    “Pandangan seperti itu tetap wujud dan ya, dia (Kok) dalam penafian,” jelas Teo ketika mengulas kenyataan pemimpin DAP tersebut.

    Berbeza dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand yang mengamalkan proses asimilasi etnik Cina dengan majoriti, Teo menyatakan bahawa pemimpin Cina terkemuka di Malaysia sentiasa menentang rancangan sedemikian.

    “Kita (Malaysia) memilih untuk integrasi dan bukan asimilasi, dan hasilnya dapat dilihat pada hari ini,” katanya.

    Sebagai gantinya, Teo berhujah bahawa minoriti Cina dan India di Malaysia yang memilih untuk berasimilasi dengan budaya Melayu dan membentuk kumpulan sub-etnik seperti masyarakat Baba Nyonya dan Cheti lebih diterima dalam masyarakat majoriti.

    “Walaupun orang Cina menolak asimilasi, namun kita dapat lihat bagaimana ini lebih baik untuk perpaduan rakyat,” tambahnya.

    Semasa berucap di Parlimen semalam, Kok mengutuk kenyataan “perkauman dan putar belit” Teo yang dikatakan merosakkan hubungan antara komuniti Melayu dan Cina.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts