Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFirma AS ikrar pelaburan RM100 bilion di M'sia sejak 18 bulan lepas...

    Firma AS ikrar pelaburan RM100 bilion di M’sia sejak 18 bulan lepas – Duta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) telah membuat ikrar pelaburan bernilai RM100 bilion dalam pelbagai sektor di Malaysia sejak 18 bulan lepas, kata Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters.

    Pelaburan besar itu melibatkan bidang yang menjadi tumpuan AS untuk mengukuhkan kedudukannya seperti elektronik dan semikonduktor selain segmen pusat data yang merupakan bidang pertumbuhan besar.

    “Pelaburan AS semakin ketara ke Malaysia dan ini sememangnya baik untuk AS. Ini kerana, kami mendapat tahu bahawa Malaysia berperananan penting dalam (menyumbang kepada) rantaian bekalan dunia sewaktu pandemik Covid-19.

    “Banyak kilang-kilang yang bergantung secara langsung terhadap produk yang dibuat di Malaysia. Kami juga telah menjalin hubungan ekonomi yang saling memberi manfaat dan masih wujud sehingga ke hari ini,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam program The Nation terbitan Bernama TV di Kuala Lumpur, semalam.

    McFeeters berkata, sebahagian besar syarikat-syarikat AS yang melabur di Malaysia turut meraih manfaat daripada teknologi terkini yang ditawarkan di negara ini.

    Selain itu, beliau menyifatkan Malaysia telah memainkan perananan paling konstruktif dari segi integrasi ekonomi dalam rantau Asean.

    Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi pusingan perundingan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) pada Oktober ini untuk membincangkan pendekatan mewujudkan ekonomi lebih bersih dengan penggunaan tenaga boleh baharu (RE).

    Pusingan rundingan tersebut akan meneliti isu-isu berbangkit pada abad ke-21 yang merangkumi bidang untuk mewujudkan ekonomi bersih dengan menggunakan RE selain meningkatkan rantaian bekalan bagi mengelak berulangnya gangguan di masa akan datang, kata beliau.

    “Pertemuan pada Oktober itu penting kerana menjelang November 2023, AS pula akan berperananan sebagai hos Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang turut menjadi lokasi mengumumkan hasil rundingan tersebut.

    ALSO READ:  Wee: Bayaran transaksi DuitNow tak adil buat peniaga kecil

    “Adalah diharapkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menghadiri acara itu berikutan perananan besar Malaysia sebagai hos rundingan tersebut,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts