Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFitnah ceramah politik di masjid, Fahmi kemuka dua notis tuntutan - Peguam

    Fitnah ceramah politik di masjid, Fahmi kemuka dua notis tuntutan – Peguam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah menghantar notis tuntutan hari ini kepada dua individu termasuk penceramah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani berhubung fitnah kononnya beliau memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang pada 30 Julai lepas. Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi berkata notis sama turut dihantar kepada pemilik dan pentadbir Laman Facebook ‘N13 Kuang.’ Beliau berkata kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh kedua-dua individu melalui akaun Facebook dan Instagram adalah berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik Fahmi seterusnya menggambarkan seolah-olah beliau menderhaka terhadap arahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mengadakan ceramah politik di masjid. Katanya melalui notis itu, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan menuntut antara lain penarikan balik kenyataan fitnah itu dan permohonan maaf secara terbuka daripada kedua-dua individu dalam tempoh 24 jam. Peguam itu berkata jika kedua-dua individu gagal memenuhi tuntutan tersebut, pihaknya telah diarah memfailkan tuntutan saman fitnah di mahkamah terhadap mereka dengan serta-merta. Semalam, Fahmi menyanggah dan kecewa dengan fitnah yang dilemparkan kononnya beliau berkempen di masjid serta menegaskan sedia memberi kerjasama penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor sekiranya diperlukan. Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Fahmi yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat Kuala Lumpur pada Ahad lepas. – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts