Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFitnah kempen di masjid: Fahmi tuntut Papagomo minta maaf

    Fitnah kempen di masjid: Fahmi tuntut Papagomo minta maaf

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah menghantar notis tuntutan kepada blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung fitnah konon beliau memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor, pada 30 Julai lalu.

    Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi berkata notis tuntutan telah dikeluarkan hari ini terhadap Wan Muhammad Azri ,yang dikenali sebagai ‘Papagomo’, atas dua hantaran yang telah dibuat dalam akaun Facebooknya.

    “Melalui notis tuntutan tersebut, Fahmi, yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), menuntut antara lainnya, penarikan balik kenyataan fitnah itu dan permohonan maaf secara terbuka,” katanya menerusi kenyataan.

    Peguam itu berkata kenyataan fitnah yang telah dikeluarkan individu tersebut melalui akaun Facebook dan TikTok adalah berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik Menteri.

    “Ia seterusnya untuk menggambarkan seolah-olah Menteri menderhaka kepada arahan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor dengan kononnya mengadakan ceramah politik di sebuah masjid, serta innuendo bahawa Menteri telah menyalahgunakan kuasa beliau, katanya.

    Sebelum ini, Fahmi menyanggah dan kecewa dengan fitnah yang dilemparkan kononnya beliau berkempen di masjid serta menegaskan sedia memberi kerjasama penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor sekiranya diperlukan.

    Terdahulu, Ketua Polis Selangor. Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Fahmi yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

    Katanya, ia berikutan hasil penelitian terhadap rakaman video berdurasi 12 minit yang mengandungi ucapan Fahmi di masjid itu, di mana tempoh 12 minit ucapan daripada Menteri itu adalah berhubung penerangan berkaitan isu kumpulan muzik ‘The 1975’.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts