Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFitnah pertalian keluarga: Pemimpin DAP heret Siti Mastura ke mahkamah

    Fitnah pertalian keluarga: Pemimpin DAP heret Siti Mastura ke mahkamah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan dua lagi veteran parti memfailkan saman fitnah terhadap ahli parlimen PAS, Siti Mastura Muhammad.

    Ia berhubung dakwaan bahawa mereka mempunyai pertalian keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Ong Boon Hua, yang juga dikenali sebagai  Chin Peng, dan bekas perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

    Guan Eng, serta veteran DAP Lim Kit Siang dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Georgetown dua hari lalu.

    Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Sankara Nair mengesahkan bahawa salinan saman yang dimeterai itu sedang dalam proses untuk disampaikan kepada Siti Mastura.

    Tiga saman itu adalah berhubung ucapan Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura pada majlis kempen pilihan raya kecil parlimen Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, pada 4 Nov lalu.

    Melalui tuntutan mahkamah, ketiga-tiga plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, pampasan, dan teladan, serta injunksi untuk menghalang defendan daripada terus mengulangi dakwaan itu.

    Ketiga-tiga mereka mendakwa kenyataan Siti Mastura bukan sahaja tidak benar tetapi dibuat dengan niat jahat untuk memberi bayangan kononnya mereka cuba menjejaskan proses demokrasi dan keselamatan negara.

    Menurut plaintif, kata-kata defendan cuba membayangkan mereka menimbulkan ancaman kepada agama Islam dan masa depan negara.

    [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts