Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGabenor Jeneral New Zealand terima kunjungan hormat Anwar

    Gabenor Jeneral New Zealand terima kunjungan hormat Anwar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro, yang sedang dalam rangka lawatan negara selama empat hari di Malaysia, menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur hari ini.

    Perdana Menteri tiba di hotel penginapan Kiro pada 2.40 petang dan sesi kunjungan hormat itu bermula kira-kira 3 petang dan berlangsung lebih kurang setengah jam.

    Hadir sama pada sesi kunjungan hormat itu ialah pasangan Kiro, Dr Richard Davies.

    Turut hadir Menteri Belia dan Sukan yang juga Menteri pengiring Hannah Yeoh, Menteri Luar Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin.

    Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Mazita Marzuki.

    Sementara delegasi New Zealand yang turut hadir pada sesi kunjungan hormat itu ialah Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia Pam Chong Dunn dan timbalannya Sharmila Bernau.

    Kiro tiba di Kuala Lumpur semalam bagi lawatan negara selama empat hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


    Ini merupakan lawatan sulung Kiro ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara sejak menjawat jawatan Gabenor Jeneral New Zealand pada 21 Okt 2021.

    Kali terakhir New Zealand mengadakan lawatan peringkat ketua negara ke Malaysia adalah pada 5 hingga 8 Dis 2017 oleh Dame Patsy Reddy.

    New Zealand merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Pasifik dengan jumlah dagangan keseluruhan bagi kedua-dua negara setakat Jun 2023 bernilai RM6.32 bilion (US$1.42 bilion), meningkat 15.3 peratus berbanding RM5.48 bilion (US$1.27 bilion) bagi tempoh sama pada 2022.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts