Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGaduh hingga mati: Jurutera perkapalan didakwa bunuh penjawat awam

    Gaduh hingga mati: Jurutera perkapalan didakwa bunuh penjawat awam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Seorang jurutera di syarikat perkapalan didakwa di Mahkamah Majistret Tanah Merah, Kelantan, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang penjawat awam di Machang pada 3 September lalu. Tertuduh, Harun Narresat Ibrahim, 46, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Nik Habri Muhamad. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh penjawat awam, Tuan Mohd Salleh Tuan Ibrahim, 51, di sebuah Kedai Chicken Chop Cikgu, pada jam 11.30 pagi. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

    Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Kelantan, Muhammad Zaki Abdul Kudos, manakala tertuduh diwakili peguam, Tengku Shazuan Tengku Shariffudin. Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 November untuk sebutan semula kes dan laporan kimia serta forensik.

    Malaysiakini sebelum ini melaporkan, seorang penjawat awam maut selepas berlaku pergaduhan di hadapan sebuah premis di Kampung Cabang Sungai Hala, Machang. Difahamkan mangsa yang juga seorang pegawai pendidikan daerah (PPD) Kuala Krai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat cedera parah di bahagian mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts