Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGagal bawa usul tergempar, PN dakwa Speaker mungkir janji

    Gagal bawa usul tergempar, PN dakwa Speaker mungkir janji

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pembangkang kecewa apabila Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul akhirnya tidak memberi ruang untuk mereka membangkitkan usul tergempar yang ingin dibawa Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

    Menurut Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim, Johari pada awalnya berjanji akan memberi ruang kepada mereka membangkitkan perkara itu selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

    “Lepas perdana Menteri habis bentang RMK12, mesyuarat terus ditangguh secara tegesa-gesa. Bagaikan ada arahan baru, Speaker menangguhkan (sidang) tergesa-gesa.

    “Kita akan bawa lagi satu (usul tergempar) kepada speaker kerana mungkir janji… Kita tahu (kerajaan) madani banyak berbohong, tiba-tiba kami tak dibenarkan (bawa usul),” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

    Pagi ini sidang khas Parlimen kecoh apabila ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan Johari menolak usul tergempar yang ingin dibawa Wan Ahmad Fayhsal berhubung Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang dibebas tanpa dilepaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram ke atasnya.

    Bagi meredakan tekanan, Johari memberi penjelasan berhubung keputusannya dan berkata pembangkang akan diberi ruang untuk membangkitkan perkara itu selepas pembentangan Anwar.

    Ia selepas Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan mempersoal tindakan Johari enggan melayan peraturan mesyuarat yang dibangkitkan mereka.

    Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata dia membangkitkan isu tersebut sebelum sidang bermula memandangkan tiada perbahasan untuk sidang kali ini.

    Dia berkata selaku individu yang pernah menjadi Menteri yang menjaga perjalanan Parlimen, dia sedar waktu itu adalah masa yang sesuai.

    “Hari ini persidangan khas, jadi masa yang tepat pada pandangan kami adalah sebelum urusan Parlimen dimulakan.

    ALSO READ:  Dakwaan hubungan keluarga: Loke tak akan saman Mastura

    “Tapi malangnya apa yang kami bawa tidak dipersetujui, diperkenan oleh yang berhormat Speaker,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts