Tabung Amanah Beng Hock untuk Demokrasi akan mengadakan kunjungan ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya pada 13 Dis ini.
Menurut pengerusinya Ng Yap Hwa, ini selepas usaha mereka untuk mendapatkan janji temu bagi berjumpa Anwar Ibrahim sejak dia dilantik sebagai perdana Menteri tahun lalu, tidak membuahkan hasil.
âPada tahun lepas, persatuan dan keluarga Teoh telah menulis surat kepada perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
“Kami telah menghubungi Menteri kabinet, timbalan Menteri, ahli parlimen dan setiausaha politik mengenai tuntutan kami untuk menubuhkan pasukan penyiasat baru, tetapi kerajaan perpaduan tidak memberikan respons yang konkrit,” kata Ng dalam kenyataan hari ini.
Julai lalu, setiausaha publisiti kebangsaan DAP Teo Nie Ching, memberi jaminan bahawa usaha sedang dilakukan untuk mengatur pertemuan antara persatuan itu dan Anwar bagi mendapatkan keadilan untuk keluarga mendiang Beng Hock.
Bagaimanapun, kata Ng, pertemuan itu masih tidak dapat dilakukan selepas lima bulan jaminan itu diberikan.
âMemandangkan perdana Menteri tidak mempunyai keazaman politik untuk bertemu keluarga Teoh, persatuan dan keluarga akan melawat PMO di Putrajaya jam 3 petang pada 13 Dis.
“Kami menggesa orang ramai yang menuntut keadilan kepada Beng Hock untuk menyertai kami dalam lawatan ini. Kami berharap pintu Pejabat Perdana Menteri dibuka untuk keluarga Teoh,” kata Ng.
Teoh ditemui mati pada 16 Julai 2009, di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat semalaman di tingkat 14 ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Teoh merupakan pembantu politik kepada anggota exco kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah pada waktu itu.
Pada 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja memutuskan bahawa Teoh didorong untuk membunuh diri berikutan disoal siasat secara agresif oleh SPRM.
Pada 2014, Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan bahawa kematian Teoh disebabkan oleh perbuatan âindividu atau individu yang tidak dikenaliâ, termasuk pegawai SPRM yang menyoalnya semalaman sebelum dia ditemui mati.