Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGaji naik: 1 Mei istimewa buat penjawat awam

    Gaji naik: 1 Mei istimewa buat penjawat awam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hari Pekerja tahun ini membawa makna lebih istimewa buat kira-kira 1.6 juta penjawat awam seluruh negara yang menerima khabar gembira kenaikan gaji baru selepas kali terakhir 12 tahun lepas.

    ‘Melekat’ di hadapan televisyen dan perananti masing-masing mendengar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024, rata-rata ditemui teruja dan lega, kenaikan gaji yang dinanti dan diumumkan menepati harapan.

    Di KEDAH, Zulaikha Mad, 35, yang bertugas sebagai doktor di sebuah hospital berkata kenaikan gaji lebih 13 peratus yang diumumkan nyata memberi kelegaan kepadanya serta pegawai perubatan yang lain.

    “Kenaikan gaji ini sedikit sebanyak dapat menaikan semangat kami untuk terus bekerja dan memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan mungkin selepas ini tidak timbul lagi isu gaji yang menjadi antara punca pegawai perubatan berhenti daripada sektor awam,” katanya.

    Ia turut diakui seorang jururawat di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, PERLIS, Rizalina Mad Saat, 45, yang menyifatkannya satu keprihatinan tinggi kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam.

    “Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan pengumuman peningkatan gaji itu dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini, ia satu tindakan yang baik daripada kerajaan,” katanya.

    Di TERENGGANU, seorang pegawai sebuah universiti, Nor Azian Mohd Noor, 43, berkata walaupun pelaksanaannya mengambil masa agak lama, kenaikan gaji itu dapat meringankan sedikit tekanan kos sara hidup.

    “Kenaikan gaji sepatutnya sudah lama dilaksanakan kerana kos sara hidup dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini naik dengan mendadak dan sangat-sangat menekan golongan B40 serta M40,” katanya.

    Kelegaan sama disuarakan penjawat awam di PERAK Qistina Izfarina Ahmad Fahmi, 31, dan Mohamad Shafiq Mohd Nor, 29, yang berpendapat ia satu usaha kerajaan yang perlu dihargai dan diberi pujian.

    ALSO READ:  Ilham: Pengunduran Zahid takkan selesaikan masalah Umno

    Seorang guru di KELANTAN, Rozita Ab Rahman, 41, pula menarik nafas lega kerana kenaikan berkenaan akan dapat membantu meringankan kos perbelanjaan bulanannya memandangkan suaminya tidak mampu bekerja sejak 10 tahun lepas akibat masalah kesihatan.

    Menyifatkan pengumuman ini sebagai sesuatu yang amat ditunggu-tunggu, anggota polis Brendon Jeremiah Tan, 44, yang berkhidmat di PULAU PINANG menzahirkan penghargaan kepada Anwar dan beranggapan kenaikan itu tepat pada masanya selaras peningkatan kos sara hidup hari ini.

    Sentimen sama dikongsi, seorang guru sekolah rendah Haslydia Azizan, 42, dan jururawat Marlia Abu Bakar, 33, yang berkhidmat di JOHOR yang berpendapat kenaikan gaji itu sudah tentu dapat meningkatkan kuasa membeli yang kemudian akan turut memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

    Di MELAKA, penerbit rancangan di Jabatan Penyiaran Malaysia, Nur Farah Huda Sahiran, 28, berkata kenaikan gaji itu boleh dilihat sebagai penghargaan kepada usaha penjawat awam terutama mereka yang sering berada di lapangan bagi membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai urusan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts