PARLIMEN | Majikan dan pekerja yang mendaftar dalam dasar gaji progresif kerajaan tahun depan perlu menunjukkan bukti komitmen mereka.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata majikan perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar membayar gaji yang dinaikkan, pekerja yang mendapat manfaat daripada projek perintis itu juga perlu mematuhi keperluan peningkatan kemahiran tertentu.
Ini, katanya, kerana kerajaan mahu memastikan program itu membuahkan hasil yang diharapkan – iaitu meningkatkan produktiviti negara.
“Bukan saja demi kepentingan syarikat untuk meningkatkan produktiviti, ia juga demi kepentingan kerajaan untuk mengesahkan dan memuaskan hati kami bahawa program dengan peruntukan seperti ini sebenarnya menghasilkan produktiviti yang lebih baik,” katanya pada sidang media yang diadakan di Parlimen.
“Kita kena lihat apakah peningkatan kemahiran yang diperlukan. Sebab itu Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia perlu melihat gambaran besarnya. Bagaimana kita merancang peningkatan kemahiran mereka.
“Mereka (pekerja) perlu melalui itu. Pada penghujung tahun, semua rekod perlu disiapkan. Jika mereka tidak mematuhi peningkatan kemahiran, maka mereka digugurkan daripada skim itu,” katanya lagi.
[Laporan penuh menyusul]