Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGangguan air di Besut dijangka selesai esok

    Gangguan air di Besut dijangka selesai esok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Masalah bekalan air yang mengganggu 11 kampung di sekitar mukim Bukit Keluang, Jertih sejak 1 Januari lalu dijangka akan berakhir esok.

    Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dalam kenyataan hari ini mengumumkan bahawa kerja pembaikan dan pemasangan paip berhampiran jambatan Kampung Lampu kini sudah siap sebanyak 83 peratus.

    “Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap sepenuhnya pada 19 Januari (Jumaat), iaitu lebih awal daripada tarikh sebelumnya iaitu pada 21 Januari (Ahad).

    “SATU akan terus memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa melalui saluran media rasmi,” menurut kenyataan itu.

    Pada awal bulan ini, SATU mengumumkan bahawa gangguan bekalan air disebabkan oleh kebocoran paip berukuran 600 millimeter di dasar Sungai Besut yang telah menjejaskan 2,670 akaun pengguna air di kawasan mukim Keluang, Besut.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts