Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGangguan air P Pinang: K'jaan teliti keperluan beri geran atau pinjaman

    Gangguan air P Pinang: K’jaan teliti keperluan beri geran atau pinjaman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan sedang mengkaji sama ada perlu untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk geran atau pinjaman kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyelesaikan pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata kerja penggantian injap yang melibatkan operasi penyelenggaraan di Negeri itu perlu dilaksanakan bagi mengatasi kerugian akibat daripada air tidak terhasil (NRW) yang lebih teruk.

    “Seperti yang kita sedia maklum, di seluruh negara kita sudah banyak paip paip utama yang rosak dan bila kita naik taraf bekalan air, pam dan sebagainya, paip lama mudah pecah.

    Ini antara cabaran yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di Sarawak dan Negeri-Negeri lain. Justeru, tumpuan kita adalah untuk mengurangkan air tidak terhasil,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Kempen e-Duit dan Tanpa Tunai Pasar Malam Metrocity di Kuching, malam tadi.

    Menurut beliau, kementeriannya akan terus memantau serta bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan air Negeri masing-masing bagi memastikan penambahbaikan sistem bekalan air dilaksanakan.

    Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan pagi tadi telah memaklumkan bahawa tahap kedua pemulihan bekalan air telah bermula dari pukul 6 pagi tadi dengan pengepaman optimum air terawat dari LRA Sungai Dua ke bahagian pulau dan menyasarkan untuk memulihkan bekalan kepada 495,065 pengguna menjelang 6 pagi esok.

    Sejumlah 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual bermula pukul 6 pagi pada Rabu lepas, namun sekurang-kurangnya 101 kawasan di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.

    ALSO READ:  Sungai Dua WTP increases capacity by 114 MLD with new module, says PBAPP

    Sejumlah 157 kawasan yang meliputi SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula dijangka mula menerima bekalan air selepas 72 jam.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts