Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGangguan bekalan air 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang

    Gangguan bekalan air 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gangguan bekalan air dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kota Kinabalu dan Penampang selama 10 hari bermula hari ini berikutan pengurangan sementara pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Moyog di Kota Kinabalu.

    Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JANS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada 189 juta liter sehari ke 187 juta liter sehari itu berikutan kerja penggantian Filter Media No 3 di loji berkenaan.

    “Kawasan yang terjejas akan mengalami gangguan bekalan air dan pemulihan adalah secara berperingkat.

    “Pelanggan di kawasan yang terjejas disarankan untuk menyimpan air yang mencukupi dan menggunakan air secara berhemat,” katanya.

    Kawasan yang dijangka terjejas di Kota Kinabalu antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Kota Kinabalu City Centre, Kepayan, Tanjung Aru, Sembulan, Karamunsing, Signal Hill, Likas, Tanjung Lipat, Inanam, Kolombong, Luyang, Putatan, dan Bukit Padang.

    Manakala kawasan dijangka terjejas di Penampang adalan Pekan Penampang, Pusat Kebudayaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Donggongon, Jalan Penampang Baru, dan Jalan Penampang-Papar Lama.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts