Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGangguan bekalan air di Langkawi ekoran El Nino - Sada

    Gangguan bekalan air di Langkawi ekoran El Nino – Sada

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gangguan bekalan air berlaku di beberapa kawasan di Pulau Langkawi berpunca daripada ketidakcukupan sumber air mentah untuk diproses berikutan fenomena El Nino yang sedang melanda negara khususnya di bahagian utara Semenanjung.

    Syarikat Air Darul Aman (Sada) dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara kawasan yang terjejas ialah Pekan Kuah, Kisap, Kilim, Perana, Bayas, Ulu Melaka, Temoyong, Pantai Cenang, Pantai Tengah dan kawasan sekitar.

    “Seperti sedia maklum, musim kemarau panjang dan kering atau nama saintifiknya fenomena El Nino sedang melanda negara kita khususnya di sebelah utara Semenanjung Malaysia.

    “Fenomena ini telah menyebabkan paras air Sungai Melaka, Pulau Langkawi semakin menyusut dan ini secara tidak langsung memberi kesukaran kepada Sada untuk memenuhi permintaan air terawat yang semakin meningkat oleh pengguna, terutamanya semasa musim cuti perayaan dan persekolahan,” katanya.

    Ketika ini menurut Sada, pengeluaran air semua Loji Rawatan Air (LRA) Sada di Pulau Langkawi menunjukkan trend penurunan dan hal itu dijangka berlarutan sehingga paras Sungai Melaka kembali normal.

    “Pertambahan lokasi kebocoran paip dasar laut yang menyalurkan bekalan air terawat ke Pulau Langkawi dari LRA Sungai Baru (Perlis) turut memberi kesan kepada pengagihan air terawat kepada pengguna,” menurut Sada.

    Justeru, syarikat itu menasihati pengguna supaya berhemah menggunakan bekalan air dalam musim kemarau ketika ini yang dijangka berlanjutan.

    Langkah berkenaan penting bagi menjamin bekalan air terawat dapat disalurkan secara berterusan tanpa gangguan, kata Sada.

    Orang ramai yang mempunyai aduan atau pertanyaan, boleh menghubungi talian hotline Sada di 1300-88-0017 atau Bilik Gerakan Langkawi di 04-9610546.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts