Gangguan bekalan elektrik berjadual yang tidak berjalan mengikut peranancangan mengakibatkan kelewatan dan kesesakan di kastam dan imigresen di sempadan Johor.
Menurut surat daripada TNB bertarikh 27 Nov, bekalan elektrik sepatutnya dipotong dari Kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) Johor, Bangunan Sultan Iskandar, dan JB Sentral dari 8 malam pada 5 Dis hingga 4 pagi pada 6 Dis untuk penyelenggaraan.
Bagaimanapun, siaran dari media sosial menunjukkan setakat jam 8 pagi, bekalan elektrik kepada CIQ masih belum dipulihkan.
Dilaporkan gangguan itu telah mengakibatkan pintu masuk imigresen dan kemudahan lain tidak berfungsi, mengakibatkan barisan panjang manusia dan kenderaan cuba melalui sempadan.
Dalam satu catatan media sosial yang dikongsi oleh Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi – yang turut berkongsi surat TNB – timbul persoalan mengapa tiada bekalan elektrik sandaran.
Onn menjawab bahawa ini adalah situasi yang memalukan.
“Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan Negeri.
“Pihak TNB dan Jabatan Kerja Raya telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera,” katanya di Facebook.
Sehingga berita ini ditulis, tidak jelas sama ada bekalan elektrik sudah dipulihkan atau belum.