Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGaris panduan tapak perkhemahan dilulus bagi panduan pengusaha, PBT

    Garis panduan tapak perkhemahan dilulus bagi panduan pengusaha, PBT

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-82 yang berlangsung di Parlimen semalam bersetuju meluluskan Garis Panduan Perancangan Tapak Perkhemahan (GPPTP) sebagai panduan merancang dan memastikan tapak perkhemahan selamat, mampan serta mematuhi perundangan.

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan memaklumkan garis panduan untuk pengguna, pengusaha dan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu memfokuskan tiga aspek utama iaitu peranancangan tapak, mekanisme pemajuan dan kawal selia serta pengurusan operasi tapak perkhemahan.

    Turut dipersetujui Garis Panduan Pengurusan dan Penarafan Bintang Tandas Awam di Malaysia, menggantikan Garis Panduan Star Rating Kebersihan Tandas Kegunaan Awam di kawasan PBT.

    MNKT turut bersetuju dengan Garis Panduan Kawal Selia Perniagaan Dari Rumah yang berperananan sebagai panduan kepada PBT di seluruh negara dalam melaksanakan pematuhan dan penguatkuasaan aktiviti perniagaan dari rumah.

    “Aspek-aspek utama yang dirangkumkan dalam garis panduan tersebut adalah ciri-ciri perniagaan dari rumah, pelan lokasi dan keluasan kebenaran berniaga, syarat dan tatacara permohonan lesen perniagaan serta perincian aktiviti perniagaan yang dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

    Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof itu turut bersetuju dan komited untuk terus menerajui agenda kemampanan perbandaran, dalam usaha menyokong pembangunan ekonomi ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di negara ini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts