Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGarisan bersinar dalam gelap terangi jalan Semenyih

    Garisan bersinar dalam gelap terangi jalan Semenyih

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Garisan jalan yang menggunakan teknologi dan inovasi ‘glow in the dark’ (bersinar dalam gelap) kini menerangi dua batang jalan di Semenyih.

    Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi memeriksa sendiri keadaan jalan yang mengguna pakai teknologi tersebut.

    “Saya turun padang bagi meninjau sendiri keberkesanan garisan jalan yang menggunakan teknologi ‘glow in the dark’,” katanya pada hantaran di Facebook.

    Dia juga berkata bahawa dia turut menekankan pengadaptasian teknologi dan inovasi selain memastikan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan sebaiknya.

    “Inisiatif ini sesuai dengan keadaan jalan raya gelap yang tiada lampu jalan.

    “Selain itu, walaupun ia mempunyai ketahanan selama 10 jam di dalam gelap, ia juga dapat memberi impak pencahayaan yang baik semasa waktu hujan,” katanya.

    Menurut Alexander lagi, garisan sinar itu merupakan projek rintis Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Langat dan dilaksanakan di Persimpangan Jalan Sungai Lalang dan Jalan Sungai Tekali.

    Bagaimanapun, katanya pihak kementerian masih mengkaji tahap keberkesanan kaedah ini secara keseluruhan dan ini termasuk kos pelaksanaannya yang agak mahal.

    Menteri itu juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Kerja Raya dan beberapa pihak lain yang terlibat dalam projek berkenaan.

    “Saya juga amat menghargai kehadiran YB Mohd Sany Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat,” katanya lagi.

    Sebelum ini, dilaporkan inisiatif tersebut juga memastikan pengguna-pengguna jalan raya untuk memandu dengan lebih berhati-hati di kawasan jalan raya yang tidak biasa dilalui oleh mereka.

    Garisan yang bercahaya di dalam gelap itu menerangi jalan raya sepanjang 490 meter dan ia kelihatan seperti biasa pada waktu siang dan ia cuma akan bercahaya pada waktu malam.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts