Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.
Berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
– Bernama