Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, July 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesGenerator rosak punca gangguan elektrik di CIQ Johor - exco

    Generator rosak punca gangguan elektrik di CIQ Johor – exco

    -

    Shopee CNY Sale

    Gangguan bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru berpunca daripada kerosakan pada salah satu daripada set generator di premis itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata sebelum ini, kompleks berkenaan hanya menerima bekalan elektrik daripada satu punca dan kerajaan menyediakan tujuh set generator sebagai punca bekalan elektrik tambahan. “Pagi tadi berlaku sedikit kekecohan di CIQ BSI khususnya apabila dewan laluan pejalan kaki berlaku putus bekalan susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kerja itu dijadual bermula pukul 8 malam hingga 4 pagi. Sewaktu kerja-kerja dimulakan, tujuh set generator beroperasi dengan baik, kemudian satu daripadanya rosak kira-kira pukul 11 malam, sehingga berlaku penutupan keseluruhan bekalan pada pukul 2 pagi sebelum bekalan elektrik kembali pulih pada pukul 9.30 pagi,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar di Iskandar Puteri hari ini. Mohamad Fazli berkata walaupun sistem e-Gate tidak berfungsi dalam tempoh itu, tetapi sembilan kaunter laluan kontra beroperasi dengan baik dan berjaya menyuraikan pengembara antara Malaysia dan Singapura. Bagaimanapun beliau berkata kejadian itu tidak menjejaskan pergerakan keluar masuk pengembara antara kedua-dua negara, berikutan terdapat beberapa laluan lain telah disediakan sebelum ini. “Pihak kami bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri, sedang mengkaji laluan punca bekalan elektrik baru untuk dijadikan alternatif bagi kompleks itu, sekali gus memastikan kejadian sama tidak berulang. Langkah penambahbaikan ini termasuk melakukan ujian pelaksanaan terhadap semua set generator beserta beban penggunaan, berbanding prosedur sedia ada yang dibuat tanpa beban penggunaan,” katanya. Mohamad Fazli berkata set generator yang rosak, akan diperbaiki terlebih dahulu dengan kos dianggarkan sebanyak RM800,000 bagi ketujuh-tujuh set generator. Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan kejadian itu sebagai menyusahkan pengguna dan memalukan Negeri. Menerusi komen dalam hantaran Onn Hafiz itu, kebanyakan pengguna merungut dan kesal dengan kejadian itu, kerana terpaksa beratur panjang dan lama dalam kepanasan terutamanya warga emas dan kanak-kanak.

    ALSO READ:  Avitan Shalom miliki 6 pistol, 200 peluru akan didakwa pagi ini

    Tag HTML:

    Gangguan bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru berpunca daripada kerosakan pada salah satu daripada set generator di premis itu.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata sebelum ini, kompleks berkenaan hanya menerima bekalan elektrik daripada satu punca dan kerajaan menyediakan tujuh set generator sebagai punca bekalan elektrik tambahan.

    “Pagi tadi berlaku sedikit kekecohan di CIQ BSI khususnya apabila dewan laluan pejalan kaki berlaku putus bekalan susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kerja itu dijadual bermula pukul 8 malam hingga 4 pagi.\

    Sewaktu kerja-kerja dimulakan, tujuh set generator beroperasi dengan baik, kemudian satu daripadanya rosak kira-kira pukul 11 malam, sehingga berlaku penutupan keseluruhan bekalan pada pukul 2 pagi sebelum bekalan elektrik kembali pulih pada pukul 9.30 pagi,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar di Iskandar Puteri hari ini.

    Mohamad Fazli berkata walaupun sistem e-Gate tidak berfungsi dalam tempoh itu, tetapi sembilan kaunter laluan kontra beroperasi dengan baik dan berjaya menyuraikan pengembara antara Malaysia dan Singapura.

    Bagaimanapun beliau berkata kejadian itu tidak menjejaskan pergerakan keluar masuk pengembara antara kedua-dua negara, berikutan terdapat beberapa laluan lain telah disediakan sebelum ini.

    “Pihak kami bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri, sedang mengkaji laluan punca bekalan elektrik baru untuk dijadikan alternatif bagi kompleks itu, sekali gus memastikan kejadian sama tidak berulang.

    “Langkah penambahbaikan ini termasuk melakukan ujian pelaksanaan terhadap semua set generator beserta beban penggunaan, berbanding prosedur sedia ada yang dibuat tanpa beban penggunaan,” katanya.

    ALSO READ:  Sanusi sengaja mahu lengah prosiding, kata pendakwaan

    Mohamad Fazli berkata set generator yang rosak, akan diperbaiki terlebih dahulu dengan kos dianggarkan sebanyak RM800,000 bagi ketujuh-tujuh set generator.

    Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan kejadian itu sebagai menyusahkan pengguna dan memalukan Negeri.

    Menerusi komen dalam hantaran Onn Hafiz itu, kebanyakan pengguna merungut dan kesal dengan kejadian itu, kerana terpaksa beratur panjang dan lama dalam kepanasan terutamanya warga emas dan kanak-kanak.

    Bernama



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts