Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGenosid di Gaza: Afrika Selatan fail kes terhadap Israel di mahkamah ICJ

    Genosid di Gaza: Afrika Selatan fail kes terhadap Israel di mahkamah ICJ

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Afrika Selatan telah memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Jumaat atas tuduhan rejim itu melakukan genosid di Gaza.

    Kerajaan Afrika Selatan mendakwa tindakan Israel sebagai “genosid” yang bertujuan untuk menghapuskan lebih ramai rakyat Palestin di Gaza.

    Israel dilaporkan melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, menurut United Press International (UPI).

    Kerajaan Afrika Selatan juga meminta mahkamah mengeluarkan langkah-langkah sementara untuk melindungi hak rakyat Palestin daripada kemudaratan yang lebih teruk dan memastikan Israel mematuhi kewajipannya di bawah Konvensyen Genosid.

    Pegawai kesihatan Gaza melaporkan bahawa 187 rakyat Palestin terbunuh dan 312 cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu, meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 21,507 kematian dan 55,915 cedera sejak pencerobohan Israel di Gaza bermula pada 7 Oktober.

    – Bernama-UPI

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts