Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGerakan akan desak PN kecam kenyataan Mahathir

    Gerakan akan desak PN kecam kenyataan Mahathir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gerakan akan mengangkat isu kontroversi terbaru Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat PN yang diadakan pada minggu ini.

    Presidennya Dominic Lau berkata sebagai seorang negarawan sangat tidak wajar Mahathir mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan kaum lain.

    Katanya sebelum ini pun pernah bertemu dengan Mahathir untuk menyatakan rasa kesal mereka terhadap kenyataan dibuat semasa kempen Pilihan Raya Kecil Pulai pada tahun lalu.

    Kata Lau ketika itu Mahathir menyatakan parti politik yang dipimpin oleh orang bukan Melayu adalah parti pendatang.

    Senator terbabit juga mahu kerajaan menasihatkan bekas perdana Menteri sebanyak dua kali itu agar berhenti daripada terus menanam sentimen yang membeza-bezakan kaum kerana ia mungkin merosakkan semangat Bangsa Malaysia yang dibina sebelum ini.

    Menganggap kenyataan itu sebagai “sangat memalukan” Lau berkata tidak sepatutnya ia dikeluarkan oleh seorang tokoh yang pernah membawa agenda Wawasan 2020.

    “Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian kaum dan kepelbagaian tersebutlah menjadi tunjang keteguhan negara yang bertuah ini.

    “Apa yang menyedihkan, bekas perdana Menteri itu dalam temu bualnya berkata orang bukan Melayu telah ‘compensated well’ atas sumbang mereka.

    “Bolehkah kita ‘memberi pampasan’ kepada rakyat kita sendiri?” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Tak guna dabik dada

    Mahathir menarik perhatian ramai baru-baru ini ekoran temu bual yang dilakukanya dengan stesen TV satelit India, Thanthi TV.

    Dia yang dilantik sebagai penasihat kepada empat kerajaan Negeri pimpinan PN itu secara terbuka menganggap rakyat Malaysia yang bukan Melayu tidak mempunyai kesetiaan penuh kepada negara ini.

    Mahathir juga menuding jari kepada “pendatang” yang dianggapnya terus mengamalkan budaya serta adat masing-masing meskipun sudah menjadi warganegara Malaysia.

    ALSO READ:  Lelaki ditemukan maut dalam kereta berkunci

    Kata Lau, setiap ahli politik perlu keluar dari amalan politik yang cetek kerana tidak guna mereka mendabik dada mendiami negara yang pesat membangun ketika kepelbagaian dalam kalangan masyarakat diserang ‘barah’.

    “Rakyat Malaysia perlu bersatu menerima hakikat bahawa negara ini adalah negara yang dibina bersama atas landasan perpaduan.

    “Benih persefahaman dan silatuhrahim yang kita tanam hari ini, suatu hari nanti akan mekar sebagai kemakmuran bersama,” katanya.

    Sementara itu ketika ditanya apakah Gerakan akan mendesak PN untuk mengecam kenyataan Mahathir, Lau memberitahu Malaysiakini: “Ya, kami akan membangkitkan isu ini dalam mesyuarat PN minggu ini.”

    Gerakan adalah satu daripada parti komponen PN selain PAS, Bersatu dan Parti Maju Sabah.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts