Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGerakan bantah Negeri PN guna tema dan logo berbeza

    Gerakan bantah Negeri PN guna tema dan logo berbeza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Gerakan membantah cadangan Pemuda PN agar Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menggunakan logo dan tema berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

    Presiden Gerakan Dominic Lau dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari dan berkata sambutan Hari Kebangsaan tidak sepatutnya dipolitikkan.

    Lau yang juga timbalan pengerusi PN berkata dia telah menyuarakan bantahan itu ketika mesyuarat pimpinan pusat gabungan itu.

    “Fadhli membuat cadangan itu kerana kami lihat kerajaan persekutuan mempolitikkan tema (Hari Kebangsaan) dengan menggunakan istilah seperti ‘Madani’ dan ‘perpaduan’.

    “Ia adalah (langkah) balas (Fadhli), tetapi dia tidak boleh buat apa-apa kerana bukan ketua Menteri atau Menteri besar,” katanya ketika sidang media di Teluk Kumbar, Pulau Pinang hari ni, seperti dipetik Free Malaysia Today.

    Semalam, Fadhli berkata empat Negeri yang ditadbir PN mungkin menggunakan logo dan tema berbeza, iaitu “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera” dan logo berunsurkan bunga raya.

    Pada Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan tema “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” akan digunakan bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

    Terdahulu, beberapa pemimpin kerajaan juga mengkritik cadangan Fadhli, antaranya Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata Hari Kebangsaan bukan soal politik, dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim yang menyifatkannya sebagai “tidak patriotik”.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts