Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGerakan jamin judi, arak tak diharamkan di P Pinang jika PN menang

    Gerakan jamin judi, arak tak diharamkan di P Pinang jika PN menang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Salah seorang calon Gerakan di Pulau Pinang memberi jaminan bahawa PAS tidak akan bertindak untuk mengharamkan aktiviti perjudian atau menyekat penjualan arak di negeri itu jika PN menjadi kerajaan selepas 12 Ogos ini. Andrew Ooi berkata dasar itu akan kekal selagi Gerakan menjadi sebahagian daripada komponen PN dan gabungan itu diberi mandat menjadi kerajaan Pulau Pinang. “Orang kata kalau ‘gelombang hijau’ datang (ke Pulau Pinang) mereka (PAS) akan haramkan judi, haramkan arak, haramkan semuanya. “(Tetapi) ini bukan lagi (mengenai) gelombang hijau. Ini kehendak (semua) rakyat. Rakyat mahu berubah, perubahan yang boleh menjadikan negara kita hebat semula,” kata Ooi Ooi yang bertanding mewakili PN di DUN Paya Terubong. Saya boleh beri jaminan kepada semua orang di sini bahawa selagi Gerakan berada dalam PN, saya boleh memberi jaminan kepada semua, tidak ada pengharaman perjudian atau pengharaman arak di sini,” tegasnya lagi. ‘Gelombang hijau’ adalah istilah yang merujuk kepada peningkatan sokongan pengundi Melayu-Islam kepada PAS dan PN semasa PRU ke-15 pada Nov tahun lalu. Bagaimanapun PAS menolak istilah tersebut dan menganggapnya sebagai cubaan musuh politik mereka untuk menimbulkan ketakutan dalam kalangan pengundi bukan Islam.

    Bercakap semasa menyertai forum mengenai pilihan raya anjuran Malaysiakini di George Town, Pulau Pinang malam tadi, Ooi sebelum itu ditanya mengapa pengundi muda negeri itu perlu memberikan sokongan kepada PN, dan jika dia yakin gabungan itu sesuai menjadi kerajaan di negeri yang ramai masyarkaat bukan Islam. “Bagi saya secara peribadi terdapat banyak naratif yang dimainkan oleh ahli politik,” katanya menjawab soalan moderator forum, K Sudhagaran Stanley, yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif C4 Center. Kata Ooi tindakan hanya seorang individu tidak boleh dianggap mewakili keseluruhan sesebuah parti. Sementara itu, Ooi mempertahankan tindakan menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor untuk tidak lagi memperbaharui lesen kedai judi mulai di negeri terbabit sejak 1 Jan lalu. “Biar saya jelaskan kepada anda semua mengapa Sanusi mengharamkan perjudian – kerana semasa wabak (Covid-19) itu semua rakyat menderita. “Kemudian apabila wabak itu semakin pulih, golongan B40 cuba mendapatkan harapan (baru) dengan meletakkan wang mereka dalam Magnum kuda Toto,” katanya merujuk kepada rangkaian kedai judi berlesen. Justeru kata Ketua Penerangan Pemuda Gerakan Pulau Pinang itu lagi golongan terbabit menggunakan sejumlah wang yang besar untuk cuba mendapatkan wang melalui judi.

    ALSO READ:  US West prepares for more days of record-breaking heat

    Sanusi pula, katanya, menerima banyak aduan bahawa mereka menggunakan wang keperluan harian untuk kegiatan tersebut. “Jadi dia membuat keputusan yang sukar demi kebaikan rakyat dengan tidak memperbaharui lesen,” katanya. Selain Ooi, turut menjadi panel forum tersebut ialah bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, dan Ketua Penerangan Muda Pulau Pinang Danial Abdul Majeed. Mereka antara lain membincangkan kecenderungan pengundi muda berdasarkan dapatan corak pengundian pada laporan interaktif terbaru Malaysiakini – yang menggunakan data PRU ke-15 – untuk menganalisis corak pengundian berdasarkan kumpulan umur.

    Pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini Gerakan bertanding di 36 daripada 245 kerusi bagi mewakili PN di seluruh negara. Sembilan belas daripadanya berada di Pulau Pinang. Ooi berkata Gerakan menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya enam kerusi untuk menyumbang kepada 21 kerusi yang diperlukan bagi mendapat majoriti mudah di DUN pulau Pinang. Baki 15 kerusi lagi diharap dapat disumbangkan oleh dua lagi parti komponen PN, iaitu Bersatu dan PAS. “Inilah cara kami (Gerakan) memastikan kami ada suara untuk menghentikan apa jua jenis keputusan (kerajaan negeri PN). “Kalau kami keluar dari PN, mereka (PAS dan Bersatu) tidak akan dapat membentuk kerajaan lagi,” katanya.

    Ditanya sama ada Gerakan boleh memainkan peranan sebagai rakan setara PAS dan Bersatu dalam PN, Ooi berkata dia yakin dapat mencapai keadaan tersebut, terutama selepas meletakkan presiden parti terbabit, Dominic Lau di DUN Bayan Lepas walaupun ia menjadi tumpuan PAS. “Jika kami (dalam PN) tidak setaraf, kami (Gerakan) tidak akan mendapat kerusi Bayan Lepas. “Kalau kita mahu melakukan sesuatu, kita perlu berdiri teguh sebagai Gerakan. Kita semua setaraf,” katanya. [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts