Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGerakan masuk PN jadi gelakan, kata Zahid

    Gerakan masuk PN jadi gelakan, kata Zahid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Penolakan PAS terhadap Presiden Gerakan Dominic Lau di Pulau Pinang minggu lalu menjadi pengajaran kepada kaum bukan Melayu agar tidak menyokong Perikatan Nasional (PN), kata Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.

    Berucap di hadapan pengundi India dalam ceramah di Gombak Setia malam tadi, Ahmad Zahid berkata Gerakan – yang merupakan parti berbilang kaum – hanya menjadi kuda tunggangan kepada Bersatu dan PAS untuk mencapai matlamat politik mereka.

    “Ingat apa jadi pada parti Gelakan. Parti ini dulu Gerakan, dengan kita gerakkan.

    “Masuk PN jadi gelakan. Jadi bahan gelakan, bahan ketawa.

    “Lihat apa jadi pada presiden dia (Dominic Lau), tak boleh datang kempen PN.

    “Hanya jadi kuda tunggangan untuk kepentingan politik,” katanya pada majlis di Ladang Kamseng di Batu 8 Jalan Gombak.

    Zahid yang merupakan timbalan perdana menteri dan presiden Umno, berada di situ untuk berkempen bagi calon BN, Megat Zulkarnain Omardin.

    Dia merujuk kepada insiden pada 1 Ogos, yang menyaksikan Lau dihalau oleh Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim apabila dia mahu menyertai pemimpin PN lain di atas pentas semasa ceramah di Tasek Gelugor.

    Zahid berkata insiden seperti itu tidak akan berlaku dalam BN kerana gabungan itu tidak pernah meminggirkan mana-mana parti komponennya termasuk MIC, MCA dan lain-lain yang dianggap sebagai Friends of BN.

    Sementara itu, dalam ucapannya, Zahid turut berterima kasih kepada timbalan presiden MIC, M Saravanan atas pengorbanan parti itu dalam pilihan raya negeri kali ini.

    Dia berkata MIC telah bersetuju untuk tidak menyertai enam pilihan raya negeri, malah menyerahkan kerusi Jeram Padang di Negeri Sembilan untuk ditandingi Umno.

    “Kalau kali ni mereka bagi kerusi pada kita, takkan Umno busuk hati pada PRU akan datang tak bagi kerusi secukupnya kepada MIC,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts