Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGLOBAL | Beraya awal: Kiai perjelas 'telefon' tuhan hanya istilah

    GLOBAL | Beraya awal: Kiai perjelas ‘telefon’ tuhan hanya istilah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Imam KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau dikenali Mbah Benu tampil memperjelas kenyataannya sebelum ini bahawa dia telah menghubungi ‘Tuhan’ menerusi telefon dan diberitahu tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat (semalam).

    Susulan dakwaan anehnya itu, beratus-ratus jemaah Masjid Aolia di Jogjakarta menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam.

    “(Mengenai kenyataan sebelum ini) tentang menelefon Allah SWT itu sebenarnya hanya istilah.

    “Dan yang sebenarnya adalah perjalanan spritual saya kontak batin dengan Allah SWT.

    “Apabila pernyataan saya yang menyinggung atau tidak berkenan saya mohon maaf yang sebesar-besarnya kepada semua pihak,” katanya pada hantaran video di Tik Tok.

    Berdasarkan Kalendar Hijrah Indonesia terbitan Kementerian Agama, 1 Syawal sepatutnya jatuh pada Rabu 10 April ini, namun pemerintah akan mengumumkan secara rasmi tarikh Hari Lebaran.

    Untuk Malaysia, tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April di 29 lokasi di seluruh negara.

    Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

    Majlis Raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

    Antara lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal adalah di Pontian Kecil, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor serta Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

    @fokusgunungkidul Viral di media sosial, terkait jamaah masjid aolia di Gunungkidul Yogyakarta, pada Jumat 5 April 2024 , pimpinan masjid aolia mbah benu meluruskan pernyataan yang viral di media sosial, berikut statement mbah benu yang berhasil di dapatkan oleh admin #gunungkidul #yogyakarta #wonosari #viral #aolia #masjid #idul #fitri ♬ suara asli – Fokusgunungkidul

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts