Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGoodyear, Mida bekerjasama bantu lebih 500 pekerja terjejas

    Goodyear, Mida bekerjasama bantu lebih 500 pekerja terjejas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Goodyear Malaysia akan berusaha keras memastikan wujud sistem sokongan untuk kira-kira 550 pekerjanya yang bakal terjejas ekoran penutupan kilang pembuatan tayar itu di Shah Alam, Selangor.

    Pengarah Komunikasi Korporat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Fatmah Ahmad, berkata agensi itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menguruskan penempatan pekerjaan serta program peningkatan kemahiran bagi pekerja terbabit.

    “Apa yang penting, Goodyear bersama pemegang sahamnya bekerjasama rapat dengan kerajaan lama sebelum keputusan itu dimaklumkan kepada umum.

    “Kami berusaha dengan gigih untuk menyediakan kerangka kerja sokongan buat pekerja yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sebelum ini tular maklumat mengenai penutupan operasi syarikat Goodyear Malaysia selepas ia mula beroperasi sejak 52 tahun lalu.

    Semalam, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata Goodyear bukan hanya menutup operasinya di Malaysia saja malah ia turut dilakukan di Ohio, Amerika Syarikat.

    Laporan tahunan syarikat pembuat tayar dunia itu juga menyatakan mereka turut memberhentikan pekerjanya di beberapa benua.

    Menurut Fatmah, Goodyear telah menanggung kerugian dalam operasinya sejak 2017, justeru mereka terdorong untuk mengambil langkah strategik dengan mengoptimumkan operasi.

    “Perkembangan ini adalah sebahagian daripada langkah global Goodyear untuk mencapai penjimatan kos sebanyak AS$1 bilion setiap tahun menjelang 2025,” katanya.

    Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula itu, katanya, Goodyear menunjukkan peranancangan transisi mereka daripada model perniagaan pembuatan kepada perniagaan pengedaran dengan menumpukan segmen premium yang menguntungkan.

    Mereka juga, katanya, akan membangunkan keupayaan dalam jualan dan pemasaran, memperkukuhkan rangkaian pengedaran, dan menambah baik struktur kos.

    Inisiatif penempatan pekerjaan itu kata Fatma sedang dilaksanakan melalui Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) yang baru diwujudkan oleh Mida, bersama-sama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan jabatan buruh.

    ALSO READ:  Peneroka serbu pejabat KPF tuntut penjelasan dividen lambat

    “Bagi membantu pihak-pihak yang terkesan, usaha awal telah pun menunjukkan kesan yang berkesan apabila cabaran ditukar menjadi peluang,” katanya.

    Kilang Goodyear di Shah Alam dibuka pada 1972.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts