Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGoodyear tutup kilang kerana kos tinggi, kata MB Selangor

    Goodyear tutup kilang kerana kos tinggi, kata MB Selangor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Menteri Besar Selangor Amirudin Shari tampil mempertahankan Putrajaya berhubung dakwaan bahawa kerajaan gagal mengekalkan pelabur asing, yang menyaksikan hantaran tular di media sosial yang mendakwa Goodyear Malaysia akan menutup kilangnya yang berusia 52 tahun di Shah Alam.

    Menurut Amirudin (PH-Gombak), Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang Goodyear memutuskan untuk menutup operasinya.

    Sebaliknya, laporan tahunan syarikat pembuat tayar itu menunjukkan bahawa Goodyear juga telah memberhentikan pekerjanya di beberapa benua dan menutup kilangnya di Ohio, AS tahun lalu.

    “Bila saya semak pagi tadi selepas berita (mengenai penutupan kilang Goodyear di Shah Alam) ini keluar, rupanya Goodyear telah menutup kilang di Oakland,Ohio yang mempunyai 500 pekerja pada tahun 2023,

    “Goodyear juga telah melakukan restructuring drive (tindakan penstrukturan) pada Sept 2023 untuk memotong 1,200 pekerjanya di Eropah timur, Afrika dan di Asia.

    “Ini dilakukan kerana Goodyear tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain seperti Bridgestone,” katanya ketika membahaskan titah Seri Paduka Baginda di Dewan Rakyat, hari ini.

    Tambah lagi, Amirudin berkata Goodyear terpaksa menstruktur semula perniagaannya kerana kos yang tinggi dan memilih untuk memindahkan operasi ke negara seperti Vietnam kerana kos buruh yang lebih murah.

    Ini, katanya, adalah fakta yang perlu dipertimbangkan dan diterima oleh semua orang dan adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan susulan keputusan syarikat terbabit.

    Amirudin juga membidas ahli politik pembangkang yang memainkan isu itu, termasuk Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).

    Katanya, wakil rakyat pembangkang itu tidak menipu, sebaliknya memutarbelit fakta sebenar.

    Wan Ahmad Fayhsal dalam ucapan perbahasannya sebelum ini menyelar kerajaan persekutuan berhubung dakwaan kegagalan mengurus ekonomi negara, dan menggunakan kes Goodyear sebagai contoh.

    ALSO READ:  Malaysia sedar risiko lantang perjuangkan Palestin - Anwar

    Menurut Amirudin, pemimpin Bersatu itu memutar belit isu berkenaan dengan tujuan mencipta persepsi untuk memburukkan Putrajaya.

    Dilaporkan bahawa Goodyear dikatakan merancang untuk menutup kilangnya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun ini.

    Dalam memo dalaman yang dikatakan bocor, presiden Asia Pasifik Goodyear Tyre & Rubber Company, Nathaniel Madarang berkata penutupan itu adalah sebahagian daripada “program transformasi” syarikat berkenaan.

    Madarang berkata, kira-kira 550 jawatan dalam operasinya di Malaysia akan terjejas.

    Kilang di Shah Alam dibuka pada tahun 1972.

    Malaysiakini sedang menghubungi Goodyear untuk mendapatkan pengesahan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts