Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGoyangkah Mohd Amar dengan gerakan 44-1 di Panchor?

    Goyangkah Mohd Amar dengan gerakan 44-1 di Panchor?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kurang dari 48 jam lagi menjelang bermulanya detik penentuan, persaingan politik di Kelantan bukan saja melibatkan dua kutub yang berbeza. Kali ini PAS – selaku parti kerajaan negeri – juga diduga dengan kemelut dalaman yang lebih bergelora dari biasa.

    Berpusat di kawasan kubu kuat PAS seperti Panchor, penyandang kerusi itu Mohd Amar Abdullah perlu juga mengatur langkah untuk meredakan kemarahan sesetengah ahli partinya. Di Panchor ada gerakan “tolak Nik Amar” yang merujuk kepada ahli politik veteran tersebut. Ia dilihat bertitik tolak daripada gesaan Nik Din Nik Mat yang meminta pengundi Panchor menolak Mohd Amar gara-gara tercicirnya nama Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai calon di DUN Chempaka. Nik Din merupakan adik kepada bekas menteri besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Entah berkaitan entah tidak, pada masa sama muncul kain pemidang yang menghantar isyarat agar Mohd Amar diketepikan daripada calon yang menang. Gesaan itu memang agak bijak kerana memanfaatkan sentimen pengundi setia PAS Kelantan. Dengan tanda pagar #44-1, ia tidak menyarankan orang ramai menolak PAS, sebaliknya cuma mengetepikan ahli politik berprofil tinggi berkenaan.

    Secara umum Mohd Amar tidak berdepan banyak kesukaran untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2004 itu dan ia dianggap salah satu kawasan paling selamat buat PAS Kelantan. Malah berdepan calon muka baru mewakili PH-BN, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain, sudah tentu kelebihan berpihak kepada Mohd Amar. Turut memberi kelebihan kepada Mohd Amar ialah statusnya sebagai naib presiden PAS dan timbalan menteri besar.

    Namun riak dan gelombang yang cuba menggugat kedudukan Mohd Amar itu agak berbeza dari biasa dan kesannya juga sukar diramal, sama ada sekadar seperti angin lalu di Jambatan Pak Nik Lah di sungai Pengkalan Datu, atau sebaliknya. Pada masa sama gerakan “tolak Nik Amar” dilihat tidak terlalu menonjol dan hanya ada beberapa pendekatan kecil dibuat hasil inisiatif kumpulan-kumpulan tertentu saja. Itu pun tidak diketahui apakah penggeraknya merupakan benar-benar penyokong Mohd Amar yang berpaling tadah atau mereka yang sememangnya bukan penyokong PAS.

    ALSO READ:  Guan Eng minta k'jaan semak semula cukai baru termasuk 8% SST

    Justeru kebarangkalian yang ada itu tidak memberi gambaran jelas wujudnya gelombang yang boleh meruntuhkan PAS di Panchor yang terletak dalam kawasan parlimen Pengkalan Chepa itu. Suasana hangat hanya tertumpu di tempat tertentu dan boleh dilihat melalui komen-komen di media sosial, selain ada usaha mengumpulkan pengundi untuk “tolak Nik Amar” melalui kumpulan WhatsApp atau Telegram. Ada juga cubaan menghasut dibuat dengan gantungan kain rentang, tetapi itu pun tidak terlalu meluas.

    Perkara itu bakal menjadi kayu ukur untuk melihat sejauh mana keberkesanan gerak kerja akar umbi dan sikap pengundi yang akan diterjemahkan pada kertas undi Sabtu ini. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi petunjuk kepada parti-parti lain untuk mencari alternatif bagi memecah hegemoni PAS di kerusi-kerusi tradisi mereka pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi ketika PAS meraih sokongan besar termasuk daripada pengundi muda semasa PRU ke-15 pada tahun lalu.

    Sebelum ini Mohd Amar sudah menyatakan betapa sokongan kepada PAS di Kelantan kekal pada tahap selesa dan yakin partinya mampu mempertahankan Kelantan. Bahkan dia menyatakan keyakinan itu dengan lebih jauh: tidak menolak kemungkinan PAS-PN mampu menyapu bersih semua 45 kerusi DUN Kelantan.

    Sementara itu, satu lagi kerusi yang menjadi tumpuan adalah DUN Kota Lama. Ia disebut-sebut sebagai peluang terbaik untuk PH membuka tapak pertama mereka di Kelantan. PH mempertaruhkan pemimpin Amanah Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim, manakala PAS mempertaruhkan bekas pegawai tadbir negeri, Zamri Ismail. Turut menyertai persaingan di situ ialah dua lagi calon iaitu mewakili Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas.

    Secara umum peluang antara calon PH dan PAS di Kota Lama adalah 50-50. Pun begitu ada sedikit ruang yang mungkin dapat memberi kelebihan kepada calon PH apabila PAS tidak lagi mengetengahkan tokoh daripada kaum Cina seperti sebelum ini. Untuk rekod DUN Kota Lama diwakili Anuar Tan Abdullah sejak lima penggal lalu sebagai wakil rakyat PAS. Pengundi Cina di Kelantan kebiasaannya tidak menunjukkan masing-masing secara terbuka kerana lebih selesa sebagai ‘pengundi senyap’.

    ALSO READ:  'Cikgu jadikan saya anak angkat' - Bekas pelajar imbas pengalaman di sekolah Cina

    Kecuali dalam kalangan mereka yang terlibat secara langsung dalam organisasi politik seperti Dewan Himpunan Penyokong PAS, ahli jawatankuasa DAP atau MCA di kawasan itu. Tinjauan Malaysiakini dengan pengundi Cina di Kota Lama mendapati sikap tersebut diambil bagi menjaga hubungan dalam masyarakat selain kelestarian perniagaan.

    Kota Lama mempunyai lebih 30 peratus mengundi Cina yang dijangka berpihak kepada PH berdasarkan aspek-aspek tertentu. Di samping itu jika diambil kira faktor penglibatan calon dalam politik, kelebihan memihak kepada Hafidzah berbanding Zamri yang benar-benar muka baru ditonjolkan PAS.

    Hafidzah merupakan ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kelantan yang pernah bertanding di DUN Tanjong Mas pada 2018 dan Parlimen Kota Bharu pada PRU ke-15 tahun lalu. Walaupun tewas undi yang diterima Hafidzah agak banyak dan jika dicampur dengan sokongan yang diberikan pengundi kepada calon BN, ia memadai untuk parti kerajaan perpaduan memenangi DUN Kota Lama. Namun sebagai bekas pegawai tadbir negeri – termasuk pernah menerajui Majlis Perbandaran Kota Bharu – Zamri Ismail juga memiliki pengalaman dalam perkhidmatan awam yang mungkin dapat memberikan keyakinan kepada pengundi.

    Sebagai kesimpulan, persaingan politik yang semakin hangat di Kelantan menjelang pilihan raya menarik perhatian. Terutamanya, persaingan dalam kawasan Panchor dan Kota Lama menunjukkan dinamika dan strategi yang berbeza. PAS perlu menghadapi cabaran tidak hanya daripada parti lawan tetapi juga dalam meredakan isu-isu dalaman. Dengan saiz negeri yang kecil, dinamika politik dalam kawasan seperti ini boleh memberikan impak besar terhadap hasil pilihan raya keseluruhan.

    Tambahan pula, kelaziman politik kaum Cina di Kelantan memberikan elemen yang menarik dalam pilihan raya ini. Faktor-faktor seperti ini mencerminkan kepelbagaian dan kompleksiti dalam proses demokratik negara. Akhirnya, kita perlu menanti hasil pilihan raya ini untuk melihat bagaimana keputusan pengundi akan membentuk lanskap politik di Kelantan dan Malaysia secara keseluruhannya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts