Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGuan Eng kecam kenyataan 'melampau' Dr M terhadap kaum India

    Guan Eng kecam kenyataan ‘melampau’ Dr M terhadap kaum India

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyifatkan kenyataan bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap masyarakat India sebagai menghasut dan berbahaya kepada negara ini.

    Bercakap dalam sidang media di Bagan Pinang hari ini, Lim berkata kenyataan Mahathir itu melampaui batas.

    “Ini tidak hanya ekstrem, ini berbahaya. Dan datang dari seorang bekas perdana Menteri yang pernah bercakap tentang memupuk bangsa Malaysia, negara Malaysia, ini bertentangan dengan semua yang pernah beliau perjuangkan pada masa lalu.

    “Adalah jelas bahawa ini bermotif politik kerana kegagalannya mendapatkan sokongan rakyat Malaysia,” kata Lim merujuk prestasi buruk Mahathir pada pilihan raya lalu.

    Semalam Mahathir dilapor mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.

    Bercakap dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV, Mahathir berkata seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.

    “Orang India Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka, mereka bercakap Tamil,” katanya.

    Mengulas lanjut, Lim berkata Mahathir dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempunyai pandangan politik dan ideologi yang sama dengan menggunakan kaum dan agama untuk kepentingan politik mereka sendiri.

    Sebagai contoh katanya Abdul Hadi menyalahkan golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai punca rasuah di negara ini.

    Tambahnya kenyataan Mahathir bahawa seseorang itu perlu dikenali sebagai Melayu untuk diiktiraf sebagai warganegara telah menghina hampir 45 peratus rakyat Malaysia.

    “Kemudian anda menafikan hak Kadazan-Dusun dan Murut di Sabah, Dayak, Iban dan Melanau di Sarawak serta Cina, India dan Orang Asli dari hak mereka yang diwarisi sebagai warganegara Malaysia – lahir di sini, dibesarkan di sini dan kemungkinan akan mengakhiri hidup mereka di sini.

    ALSO READ:  Mahkamah tolak pemohonan Zafrul fail afidavit tahanan rumah Najib

    “Jadi ini benar-benar tidak dapat diterima dengan beliau dan sekarang Hadi bekerjasama, kedua-duanya rasis, kedua-duanya ekstrem, kedua-duanya menyasarkan matlamat tertentu, mendiskriminasi, dan menyalahkan segala sesuatu kepada bukan Islam dan bukan Bumiputera, hanya kerana mereka berfikiran berbeza,” kata Lim.

    Dia turut menyeru rakyat Malaysia menolak pemimpin politik yang bersikap melampau dan perkauman.

    “Saya percaya rakyat Malaysia akan bersatu dan menolak politik berbahaya seperti ini dan kita ingin mengecam kuat kenyataan ini yang telah menyakiti dan menyinggung bukan sahaja sensitiviti orang India, tetapi juga semua kaum lain termasuk orang Melayu, yang menganggap setiap rakyat Malaysia sebagai saudara mereka.

    “Mempersoalkan kesetiaan orang India di Malaysia adalah tidak dapat diterima apabila kita tahu pengorbanan yang dilakukan oleh orang India Malaysia di negara ini,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts