Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGugur dua slogan DAP jika mahu sokongan Melayu - Nur Jazlan

    Gugur dua slogan DAP jika mahu sokongan Melayu – Nur Jazlan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed menasihatkan semua parti yang membentuk gabungan kerajaan perpaduan khususnya DAP supaya berubah jika mahu mendapat sokongan orang Melayu. Katanya, DAP perlu berubah menjadi parti yang sederhana dan mengikut formula kejayaan BN dan Umno yang mengikut landskap politik hari ini. “Sepanjang pemerhatian saya secara langsung dan tak langsung, ketika duduk bersembang dengan kawan-kawan serta ahli Umno sendiri, saya dapat rasakan orang Melayu sejak puluhan tahun lalu tak boleh masih trauma dengan sentimen negara sekular dan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

    Menurutnya, bagi sebahagian besar orang Melayu, cara politik DAP masih terikat sebagai parti totok orang Cina. “Apabila saya tanya kenapa selama ini orang Melayu boleh terima MCA dalam BN, mereka kata MCA tak ekstrim dan Umno jadi parti dominan dalam gabungan itu. “Berbeza dengan DAP, mereka kata tidak boleh terima agenda sekular dalam parti itu. Sebab memang bertentangan sama sekali dengan syariat Islam dan Melayu. “Jadi, sebab itulah orang Melayu macam letak batu sempadan besar nak terima atau sokong DAP walaupun sudah bekerjasama dengan Umno dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

    Justeru, Nur Jazlan berkata, jika betul DAP mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan Umno, mereka perlu berani membuat perubahan besar untuk mencapai kejayaan besar pada pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti. Bagi Ketua Umno Bahagian Pulai itu, DAP sebenarnya tidak mempunyai cara lain untuk meyakinkan orang Melayu bahawa mereka sudah berbeza dari sebelum ini, kecuali dengan menggugurkan agenda negara sekular dan slogan Malaysian Malaysia dalam perlembagaan parti mereka.

    ALSO READ:  Incentive package for JS-SEZ to be announced during Budget 2025, says Johor MB

    “Sebab dua agenda itulah terus jadi trauma kepada orang Melayu dan buatkan mereka tak boleh terima perjuangan DAP. “Biarpun sebelum ini sudah ada orang Melayu yang jadi ahli, pemimpin malah jadi wakil rakyat, namun pada saya, majoriti orang Melayu melihat ia sekadar satu cara kecil untuk ‘menghalalkan’ parti itu di mata orang Melayu,” katanya.

    Nur Jazlan seterusnya mempersoalkan sama ada DAP sanggup melakukan pengorbanan besar itu demi kelangsungan politik mereka. “Jika DAP masih was-was untuk lakukan perubahan besar seperti mana pengorbanan yang Umno sanggup buat hari ini, saya jangkakan DAP akan terus dipulau oleh pengundi Melayu. “Umno pula akan terus ditolak orang Melayu selagi kami bekerjasama dengan DAP,” katanya. Dia berkata, apabila ini berlaku, DAP juga akan berdepan dengan gelombang sokongan orang Melayu terhadap PAS yang menjadi lebih kuat menjelang PRU16 nanti. “Jadi, kita akan lihat keadaan politik yang ekstrim di mana orang Cina akan terus sokong DAP sebagai parti mereka dan orang Melayu akan beralih kepada PAS sebagai parti mereka,” katanya.

    Umno pula, kata Nur Jazlan terpaksa membayar harga yang mahal apabila terus dikecam dan ditolak oleh pengundi Melayu kerana bekerjasama dengan DAP, PKR dan Amanah.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts