Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesGuna dana khas MA63 baik pulih jalan raya - Pemuda Amanah Sabah

    Guna dana khas MA63 baik pulih jalan raya – Pemuda Amanah Sabah

    -

    Shopee CNY Sale

    Ketua Pemuda Amanah Sabah Rendy Ismail menggesa kerajaan Negeri menggunakan dana melalui pemberian khas MA63 kerajaan pusat bagi membaikpulih jalan raya di Sabah.

    Katanya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Nov lalu telah mewartakan pemberian khas pada kadar baru sebanyak RM300 juta kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

    Rendy (gambar bawah) yang juga naib ketua Pemuda Amanah Nasional berkata wang atau peruntukan tersebut boleh digunakan untuk membaiki jalan rosak yang menjejaskan keselamatan pengguna.

    “Gunakan wang tersebut untuk membaiki jalan yang rosak, dan ia patut menjadi keutamaan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Tambahnya lagi, walaupun jumlah kadar pemberian khas itu masih dalam proses rundingan oleh Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTP-MA63), dia menjangkakan kadar tersebut akan meningkat tahun ini.

    “Sekiranya kita rujuk semakan pertama pada tahun 1973, kenaikan tahunan pemberian khas adalah sebanyak 7.5 peratus.

    “Maka, sepatutnya tahun ini, Sabah layak menerima kira-kira RM1 bilion daripada kerajaan persekutuan,” katanya.

    Namun, kata Rendy ia masih terpulang kepada keputusan rundingan MTP-MA63 kerana tertakluk dengan perkara 112C dan 112D dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Perkara 112C memperuntukkan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak oleh kerajaan persekutuan, manakala Perkara 112D membenarkan kajian semula kadar pemberian khas dengan mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan persekutuan.

    Menurutnya lagi, kerajaan Negeri telah mengguna pemberian khas berjumlah RM125.6 juta pada 2022 bagi melaksanakan projek Rumah Mesra Sabah Maju Jaya.

    “Walaupun inisiatifnya baik, namun, membaiki jalan raya lebih utama ketika ini, lagi pula, program bantuan perumahan rakyat di bawah pelbagai kementerian sudah banyak.

    Kemalangan meningkat

    “Pengguna jalan raya berdepan banyak kerugian disebabkan jalan rosak, berlubang, beralun dan berbahaya dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk membaiki kerosakan pada kenderaan mereka.

    ALSO READ:  Polis buka kertas siasatan 'fatwa' dikeluarkan Muhyiddin

    “Situasi ini sangat membimbangkan dan kerajaan Negeri wajar bertindak pantas tanpa sebarang alasan,” tegasnya.

    Rendy berkata Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 18,187 kes kemalangan jalan raya pada 2022 berbanding tahun sebelumnya, dengan 12,950 kes dan daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 280 nyawa dilaporkan terkorban pada tahun 2022.

    “Oleh itu, Pemuda Amanah melihat perkara ini sangat serius dan bertegas agar pemberian khas digunakan untuk membaiki jalan raya adalah wajar untuk dilakukan sekarang,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts