Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGuna isu kaum, agama raih sokongan politik tak baik untuk negara -...

    Guna isu kaum, agama raih sokongan politik tak baik untuk negara – Abang Jo

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Sikap beberapa pemimpin yang sanggup menggunakan isu kaum dan agama semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik tidak baik untuk negara ini terutama dalam situasi Malaysia menghadapi pelbagai cabaran global, menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau menyatakan bahawa tindakan terdesak seperti itu dapat memecahbelahkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan mengganggu fokus negara untuk menggunakan semua sumbernya bagi melaksanakan pembangunan secara menyeluruh.

    “Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, marilah kita semua berusaha untuk memahami bahawa kepentingan negara mengatasi segala kepentingan yang lain.

    “Negara memerlukan kerajaan yang kuat untuk menanggung tanggungjawab merancang hala tuju ekonomi yang jelas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi supaya kemerdekaan memberi pengertian yang sebenarnya kepada kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Sarawak 2023 di Dewan Politeknik Mukah hari ini.

    Malaysia, katanya, telah berjaya meluaskan ekonominya dari sebuah ekonomi pertanian dan komoditi kepada ekonomi yang dipacu oleh aktiviti pembuatan dan perkhidmatan sehingga menjadi negara pengeksport utama barangan elektrik dan elektronik.

    Katanya, berdasarkan laporan Bank Dunia, pertumbuhan ekonomi negara purata sekitar 5.4 peratus sejak 2010 dan dijangka mencapai transisi dari sebuah ekonomi pendapatan pertengahan tinggi kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2024.

    “Namun, janganlah kita leka dan terus bertengkar sesama sendiri kerana itu cenderung membawa kepada perpecahan dari segi agama, bangsa atau keturunan, atau dari segi wilayah.

    “Jika kita saling mencurigai antara satu sama lain dan asyik bertelagah seperti kata Allahyarham Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem), maka tenaga dan pemikiran kita hanya digunakan untuk menolak dan mengalahkan pihak lawan,” ujarnya.

    ALSO READ:  Norway allocates 22 mln USD to support Colombia's fight against deforestation

    Oleh itu, Abang Johari berkata pemimpin yang terdahulu perlu diteruskan dengan semangat persatuan dan saling menghormati antara kaum, bukan sekadar melaungkan slogan “Merdeka”, agar negara ini terus maju dengan yakin dan berani menjadi negara yang dihormati dan dihargai di rantau ini dan di seluruh dunia.

    Menyentuh perkembangan ekonomi Sarawak, Abang Johari berkata pendapatan Negeri itu telah meningkat dua kali ganda kepada RM12 bilion pada tahun lepas dan diiktiraf oleh Bank Dunia sebagai Negeri berpendapatan tinggi dengan Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita sebanyak RM61,442 atau US$13,205.

    “Namun, kita belum boleh berasa puas dengan pencapaian ini kerana pendapatan isi rumah rakyat pada tahap RM4,978 pada 2022 masih belum mencapai tahap negara secara keseluruhan,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts