Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGuru dakwa diugut bunuh angkara lapor 'cikgu ponteng'

    Guru dakwa diugut bunuh angkara lapor ‘cikgu ponteng’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang saksi dalam kes saman pelajar terhadap guru yang didakwa ponteng sekolah selama tujuh bulan pada 2015 mengaku menerima ugutan bunuh selepas membuat aduan mengenai ketidakhadiran guru tersebut.

    Ibrahim Jadoon memberitahu Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini bahawa dia menerima ugutan bunuh daripada Jainal Jamran dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud.

    “Saya dengar beberapa perkataan yang sukar saya fahami, jadi saya bertanya kepada seorang murid apakah dia boleh membantu saya memahamkannya.

    “Apa yang dikatakannya adalah, ‘Tuan, itu bukan Bahasa Malaysia, tapi Bajau – Jogo kam, pepatai ku kam’.

    “Saya diberitahu dalam bahasa Bajau, ‘Hati-hati, saya akan bunuh kalian berdua’,” katanya, menjawab pertanyaan dari peguam mewakili plaintif, Shireen Sikayun.

    Menurut Ibrahim, Jainal berkata demikian selepas dia mempersoalkan tentang ketidakhadiran Jainal ke kelas di hadapan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Abdul Bakhrin Yusof.

    Jainal dikatakan enggan menjawab pertanyaan tersebut dan malah mengeluarkan ugutan terhadapnya.

    Ibrahim tidak menjelaskan kepada siapa lagi ugutan itu ditujukan Jainal, tetapi kemungkinan merujuk kepada seorang lagi guru, Norhaizah Ejab.

    Menurut Ibrahim, Norhaizah yang turut melaporkan mengenai ketidakhadiran Jainal kepada guru besar sekolah duduk bersebelahan Jainal ketika ugutan itu dibuat.

    Bimbang akan keselamatan dirinya, Ibrahim berkata dia kemudian membuat satu laporan polis mengenai ugutan bunuh tersebut.

    Ketua PPD turut menjelaskan Kementerian Pendidikanmemberi tempoh dua minggu untuk selesaikan isu ketidakhadiran guru berkenaan dan menyatakan semua pihak tidak perlu membicangkan perkara itu lagi.

    Jelas Ibrahim, tiada tindakan diambil oleh PPD ke atas Jainal menyebabkan dia melaporkan perkara itu kepada pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Muarifin Sufianto Mohchoeri.

    ALSO READ:  Helicopter of Iran's late president Raisi crashed due to complicated weather conditions, final report says

    Katanya, Muarifin menjelaskan dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dan akan berusaha menyelesaikan perkara itu.

    Pada 30 Okt 2018, seorang bekas pelajar, Siti Nafirah Siman memfailkan saman terhadap Jainal kerana didakwa ponteng kelas selama tujuh bulan pada 2015

    Pada masa itu Siti Nafirah merupakan pelajar kelas 4 Perdagangan (4PD) di SMK Taun Gusi.

    Selain Jainal, dia juga menamakan pengetua sekolah ketika kes itu berlaku, SMK Taun Gusi, pegawai pendidikan daerah Kota Belud, pengarah pendidikan Sabah, ketua pengarah pelajaran, Menteri pendidikan dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

    Siti Nafirah diwakili oleh peguamnya Shireen manakala Jainal diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Jesseca Daimis.

    Perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Ismail Brahim bersambung Isnin depan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts