Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGuru didakwa lakukan antun seksual dihukum jika bersalah

    Guru didakwa lakukan antun seksual dihukum jika bersalah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan ke atas guru wanita yang didakwa mencabul pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini jika siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku.

    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.

    “Kementerian akan mengambil tindakan ke atas guru wanita tersebut setelah polis melengkapkan siasatan dan sehingga itu, kita akan patuhi segala prosedur ditetapkan sehingga siasatan selesai.

    “Bagi pelajar lelaki itu pula, kita berikan sokongan psikososial dan perlindungan sepenuhnya sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan KPM,” katanya ketika ditemui selepas majlis temu mesra Menteri pendidikan dengan calon [eperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 di Kelang hari ini.

    Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata pihaknya telah merakam keterangan guru wanita berusia 37 tahun itu.

    Ibu mangsa membuat laporan polis pada 12 Dis lepas mendakwa suspek mencabul anaknya ketika mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts