Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesGuru MRSM Tumpat dituduh pedofilia: Polis selesai panggil 14 individu

    Guru MRSM Tumpat dituduh pedofilia: Polis selesai panggil 14 individu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.

    Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua mereka dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

    Beliau berkata polis juga telah mengenal pasti penulis yang memuat naik hantaran di laman sosial berkait dakwaan berlakunya kes itu.

    “Kami masih lagi menunggu laporan perubatan ke atas mangsa kerana dia pernah belajar di MRSM berkenaan dan kertas siasatan akan dihantar kepada pendakwa raya untuk mendapat nasihat,” katanya kepada kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, di Gua Mudang malam tadi.

    Sebelum ini, polis memberi jaminan siasatan kes seorang guru MRSM Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki akan selesai dalam tempoh sebulan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts