Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Satya Nadella dalam merangka strategi menjadikan Malaysia sebagai Hab Digital ASEAN.
âInisiatif âKekal Bersama Malaysiaâ saksikan kerjasama Malaysia dan Microsoft untuk jadikan negara kita Hab Digital ASEAN,â kata Tengku Zafrul dalam hantaran di laman X miliknya, hari ini.
Beliau berkata Satya akan berkunjung ke negara ini tidak lama lagi bagi mengukuhkan kerjasama tersebut.
âMenantikan kerjasama yang lebih erat dengan Microsoft untuk memacu kepimpinan Malaysia dalam bidang digital ASEAN,â katanya.
Satya menggantikan Steve Ballmer pada 2014 sebagai CEO dan John W. Thompson pada 2021 sebagai pengerusi syarikat teknologi multinasional itu.
Menurut laman webnya, produk perisian Microsoft yang terkenal ialah barisan sistem operasi Windows, rangkaian aplikasi produktiviti Microsoft 365 dan penyemak imbas Edge.
Satya dijadualkan menyampaikan ucaptama mengenai era baharu kecerdasan buatan (AI) di Microsoft Build: AI Day di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 Mac 2024.
– Bernama