Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHadi ingatkan Melayu jangan hilang kuasa politik seperti di Singapura

    Hadi ingatkan Melayu jangan hilang kuasa politik seperti di Singapura

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB l Presiden PAS Abdul Hadi Awang melancarkan kecaman terhadap DAP semasa penampilan sulungnya pada kempen pilihan raya Kuala Kubu Bharu.

    Berucap pada di “Ceramah Perdana” Perikatan Nasional di Batang Kali malam tadi, dia mengingatkan ahli dan penyokong Umno di Selangor agar tidak mengulangi kesilapan kehilangan kuasa politik seperti yang berlaku di Singapura.

    Katanya, DAP yang lahir dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura adalah parti ekstrem dan melampau yang mahu merampas kuasa politik secara halus dan licik sehingga boleh menyebabkan kekacauan di dalam negara.

    Mengimbau sejarah, ahli Parlimen Marang itu berkata, parti-parti politik sebelum merdeka iaitu PAS, Umno, MCA dan MIC boleh berunding untuk menetapkan beberapa perkara penting dalam penubuhan Malaysia.

    “Dalam perundingan itu kita (PAS) mendesak berdasarkan kepada suasana politik di Malaysia, supaya diletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Dalam masa yang agama-agama lain diberi hak kebebasan.

    “Hak bumiputera, hak Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, ini dalam Perlembagaan. Diberi kerakyatan daripada kaum lain. Ada hak-hak politiknya. Ini termeterai dalam Perlembagaan.

    “Bila mari DAP parti baru ni buat kacau. Parti DAP ini dilahirkan oleh parti PAP Singapura, parti Lee Kuan Yew. Pada masa, penubuhan Malaysia, Singapura masuk Malaysia. PAP tubuh cawangan di Malaysia.

    “DAP mempunyai agenda untuk mendapat kuasa politik dengan cara yang halus dan licik,” katanya yang dipetik Harakah.

    Hadi berkata pada tahun 1950-an, timbalan ketua Menteri Singapura, adalah Abdul Hamid Jumat yang mengasaskan Umno bahagian Singapura, masih seorang Melayu dari Umno, tetapi seiring dengan berlalunya masa, orang Melayu kehilangan kuasa politik mereka di Singapura dan “langkah politik seumpama” sedang dibuat DAP di negara ini.

    ALSO READ:  Rugby-Jones says to remain as Australia coach

    “DAP mempunyai peranancangan yang terang-terang membawa agenda Malaysian Malaysia. (Menjadikan) tak ada rupa bangsa, semua bangsa Malaysia. Sedangkan bangsa-bangsa ni adalah ciptaan Allah SWT.

    “Tak boleh nak hapus bangsa-bangsa ini. Allah Taala izin kita sayang pada bangsa kita, keluarga kita, kaum kita tapi tak boleh fanatik. DAP bawa satu pendekatan baru nak hapus rupa bangsa ini. Nak hapus tabii alam, kejadian Allah.

    “Dia tak boleh buat. Akan timbul ketegangan. Islam adalah agama Persekutuan. Dia usaha nak samakan Islam di Malaysia ini dengan agama lain. Bukan agama negara lagi. Itu timbulnya ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum), kita buat demonstrasi kita protes.

    “(DAP) ke arah nak hapuskan kuasa Islam. Ini perjuangan DAP,” kata Hadi sambil mengingatkan pengundi Melayu tentang bahana daripada parti cauvinis dan ultra kiasu itu.

    PN sedang berusaha untuk memenangi undi penyokong Umno bagi menggagalkan usaha DAP mengekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu buat penggal ketiga.

    Pengundi Melayu membentuk kira-kira 49.6 peratus daripada senarai pendaftar,  Cina 30.6 peratus, India 18 peratus dan kaum-kaum lain 2.1 peratus.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts