Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHadiah rumah antara tumpuan program setahun bersama kerajaan Madani

    Hadiah rumah antara tumpuan program setahun bersama kerajaan Madani

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lebih 5,000 peluang pekerjaaan akan ditawarkan kepada rakyat menerusi Karnival Kerjaya yang diadakan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, bermula hari ini.

    Pengarah Eksekutif Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri Ahmad Jefry Aziz @ Adan berkata karnival kerjaya itu disertai 63 syarikat swasta dan disokong Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

    Antara syarikat-syarikat swasta terlibat ialah Affin Group, CIMB, SME Bank, Malaysia Airports, Sime Darby Plantation , Pilot Group, SME Aerospace Sdn Bhd, Senheng, Prolintas Group of Companies dan Ladada Logistics dan Imperial Lexis Kuala Lumpur.

    Ahmad Jefry berkata selain peluang pekerjaan, program juga menawarkan pelbagai hadiah menarik dalam slot cabutan bertuah setiap hari termasuk tiket penerbangan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu; Istanbul, Turkiye dan dan negara-negara di Asia Tenggara.

    “Tumpuan nanti pastinya hadiah utama yang ditawarkan pada Ahad iaitu sebuah rumah, jadi pengunjung digalakkan untuk datang bagi memanfaatkan peluang ini,” katanya ketika menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan Radio Televisyen Malaysia hari ini.

    Sementara itu Ahmad Jefry melihat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bukan setakat menjadi tarikan kepada rakyat untuk melihat inisiatif yang dilakukan setiap kementerian, tetapi merupakan satu wadah sesi libat urus kerajaan dengan rakyat.

    “Ini bermakna apabila datang, kita tahu apa penegasan dan komponen penting yang cuba diketengahkan kerajaan, selain perkara-perkara baharu dan aspek penambahbaikan yang dilaksana sepanjang 2023, di samping akan diberi penerangan berhubung inisistiaf lain tahun depan,” katanya.

    Penganjuran program yang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

    ALSO READ:  Mentally ill man rescued in dramatic fashion in Sandakan

    Kemuncak program itu merupakan majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad ini dan ia akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts