Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHajiji tak gentar berdepan gabungan Umno-Warisan

    Hajiji tak gentar berdepan gabungan Umno-Warisan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor berkata tidak gentar tentang kemungkinan berdepan kerjasama Warisan dan Umno pada pilihan raya Negeri akan datang.

    Menurut ketua Menteri Sabah itu, walaupun dia tidak pernah meminta mana-mana parti untuk keluar kerajaan Negeri tetapi dia tidak gentar menghadapai percubaan oleh Mohd Shafie Apdal dan Bung Mohtar Radin untuk membentuk gabungan Warisan-Umno pada pilihan raya akan datang.

    “Usah gentar. Kami pernah berjaya patahkan usaha menggoncang pentadbiran Negeri sebelum ini.

    “Rakyat memberi keyakinan dan sokongan kepada kita. Rakyat mahu maju dan kestabilan politik.

    “Bagi saya sama ada dua parti berkenaan mahu bergabung itu hal mereka. GRS mempunyai tanggungjawab yang diberi mandat rakyat mentadbir sehingga tempoh tamat,” kata Hajiji dalam temubualnya dengan FMT.

    Penggal DUN Sabah hanya akan berakhir pada Oktober 2025, tetapi Hajiji baru-baru ini membayangkan bahawa pilihan raya Negeri mungkin berlangsung lebih awal daripada yang dijadualkan.

    Dalam temubual itu, Hajiji juga mengulangi sokongannya kepada kerajaan perpaduan yang diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang genap setahun mentadbir Putrajaya pada November lalu.

    “Saya nampak beliau mempunyai dasar baik untuk masa depan Malaysia, dasar boleh membangunkan negara di masa akan datang,” katanya.

    [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts