Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHajiji tak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan

    Hajiji tak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diawalkan.

    Hajiji, yang juga Presiden Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan Negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

    “Walaupun kita masih mempunyai tempoh dalam dua tahun lagi namun siapa tahu kemungkinan pilihan raya akan kita awalkan?” katanya dalam ucapan dasar Persidangan Agung Tahunan 2023 Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

    Justeru, beliau berkata jentera Gagasan Rakyat perlu bersedia dan bekerja keras bagi menghadapi PRN Sabah kerana dua tahun bukan tempoh yang lama.

    Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Hajiji bagaimanapun berkata beliau belum mempunyai ‘ilham’ untuk tarikh pilihan raya tersebut.

    Hajiji juga berkata dalam menghadapi PRN Sabah akan datang, beliau berharap tiada lagi cubaan rampasan kuasa dibuat seperti pada awal tahun ini yang boleh menjejaskan kestabilan politik Negeri.

    Pengerusi GRS itu berkata ia antara titik hitam dalam politik Sabah yang amat mengecewakan kerana dilakukan oleh segelintir pemimpin iaitu rakan dalam kerajaan Negeri sendiri dan ia telah mengakibatkan segala urusan pentadbiran Negeri terganggu.

    Tanpa menamakan pemimpin atau kumpulan itu, beliau berkata kerajaan Negeri nyaris lumpuh serta hilang kelayakan untuk meneruskan pentadbiran dan pemerintahan malah mendatangkan kegusaran kepada rakyat Sabah sendiri yang bimbang jika berlaku PRN sekali lagi.

    Hajiji berkata ketidakstabilan politik serta perubahan yang kerap di Sabah termasuk menukar Ketua Menteri boleh menyebabkan dasar kerajaan sebelum ini tidak dapat diteruskan dan ini merencatkan pembangunan Negeri ini sendiri.

    “Membangunkan Negeri memerlukan jangka masa munasabah selain komitmen serta iltizam kerajaan untuk merealisasikan matlamat menjadikan Negeri lebih maju dan membangun.

    ALSO READ:  Pantai Teluk Bahang diisytihar sarang penyu bertelur

    “Sabah memerlukan iltizam politik untuk membangun dengan segera. Kuncinya ialah kestabilan dan hanya dengan kestabilan, Sabah mampu dibangunkan serta dimajukan,” katanya.

    Beliau berkata atas faktor kestabilan politik dan kepentingan rakyat, GRS memutuskan untuk bersama Kerajaan Perpaduan seterusnya memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts